KUALA LUMPUR: Pencapaian membanggakan jaguh powerlifting paralimpik negara Bonnie Bunyau Gustin meraih pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 diharap menjadi sebuah permulaan kepada episod gemilang kontinjen negara di temasya berprestij itu.
Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kejayaan manis dilakar badang kerdil kelahiran Serian, Sarawak itu mampu membakar semangat barisan atlet negara yang akan turun beraksi bagi meraih pencapaian serupa.
Katanya semangat dijelmakan Bonnie, 22, pada aksi di Tokyo International Forum juga boleh dicontohi atlet negara untuk sekurang-kurangnya mengharumkan nama Malaysia melalui semangat kesukanan yang dipamerkan ketika beraksi.
"Kita masih ada beberapa lagi acara dan diharap kejayaan Bonnie akan menjadi pembakar semangat kepada atlet lain untuk terus memburu pingat emas atau sekurang-kurangnya mengharumkan nama Malaysia dengan bertanding penuh semangat.
"Membawa nama Malaysia dalam apa jua cara, tidak semestinya dengan membawa pulang pingat tetapi dengan budaya kita yang baik, dengan usaha bersungguh-sungguh dan disiplin yang akan menunjukkan kepada orang ramai tentang nilai Keluarga Malaysia," katanya dalam sidang media secara maya hari ini.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie merangkul pingat emas dalam acara powerlifting kategori 72 kilogram (kg) dengan angkatan seberat 228 kg menewaskan atlet dari Mesir Mahmoud Attia (191 kg) dan atlet dari Great Britain, Micky Yule (182 kg).
Lebih mengagumkan, beliau turut memecahkan rekod Sukan Paralimpik yang dipegang Rasool Mohsin dari Iraq pada edisi Rio 2016 iaitu 227 kg, dengan angkatan 228 kg dalam percubaan ketiganya pada hari pertama sukan berkenaan berlangsung.
Ahmad Faizal menyifatkan kejayaan itu sesuatu yang amat besar bukan sahaja kepada Bonnie, malah kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Sesuatu perkara yang amat membanggakan. Kita perlu yakin akan kebolehan diri dan hari ini Bonnie telah buktikan anak muda daripada Sarawak pergi ke Tokyo berjaya menjadi manusia yang terhebat mengangkat berat sehingga memecahkan rekod Paralimpik," jelasnya.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal mengakui kejayaan itu juga merupakan hadiah bermakna buat negara dan rakyat Malaysia yang akan menyambut Hari Kebangsaan Ke-64, Selasa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kejayaan manis dilakar badang kerdil kelahiran Serian, Sarawak itu mampu membakar semangat barisan atlet negara yang akan turun beraksi bagi meraih pencapaian serupa. - Gambar fail/BERNAMA
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Bonnie raih emas Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai
Bonnie Bunyau Gustin mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai.
Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.
Sukan Para Asia 2022: Bonnie mahu lunaskan misi emas di Hangzhou
Penampilan keduanya di temasya tersebut adalah peluang baginya memperbaiki pencapaian pada edisi Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.
Bonnie pecah rekod dunia lagi
Bonnie mengangkat bebanan 231kg pada percubaan ketiga, sekali gus memperbaharui rekod dilakarnya sebelum ini.
Sukan Komanwel: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Bonnie
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Birmingham 2022: Malaysia perlu dua lagi emas untuk capai sasaran
Selepas tamat hari ketujuh temasya, Malaysia kini berada di kedudukan ke-10.
Kejayaan Bonnie rangkul emas di Birmingham banggakan negara - Ismail Sabri
Menerusi catatan di Facebook, Ismail Sabri mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet powerlifting itu.
Bonnie tepati ramalan, raih emas keempat Malaysia di Birmingham
Atlet berusia 23 tahun itu mencipta sejarah muncul atlet pertama Malaysia memenangi acara tersebut di temasya sukan berkenaan.
Bonnie jangka atlet India, Nigeria pencabar utama di Birmingham
Bonnie menamakan atlet India, Haryana Sudhir dan Rolland Ezuruike dari Nigeria sebagai pencabar utamanya.
Sukan Komanwel: MPM optimis Bonnie gegar Birmingham
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum ini meletakkan sasaran tujuh emas untuk dibawa pulang kontinjen negara di Birmingham nanti.