ISKANDAR PUTERI: Stadium Sultan Ibrahim di sini diterangi percikan bunga api dan persembahan cahaya laser berwarna-warni sempena meraikan kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kelapan berturut-turut, malam tadi.
Detik memukau itu berlaku sejurus sahaja Ketua Pasukan JDT Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak bersama Ketua Jurulatih Pasukan JDT Benjamin Mora menjulang piala berprestij berkenaan sebelum disusuli sorakan rakan sepasukan.
Kemenangan JDT menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC dengan keputusan 2-1 melayakkan skuad Harimau Selatan merangkul piala berkenaan sekali gus mengekalkan penguasaan Liga Super sejak 2014.
Momen bersejarah itu disaksikan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan.
Sementara itu, di luar stadium pula, sebanyak 1,600 kenderaan penyokong memenuhi tapak parkir terbuka di kawasan stadium sejak kira-kira 6.30 petang untuk In-Car Viewing Party atau menonton dari dalam kereta.
Ia bertujuan bagi memberi peluang kepada penyokong yang lengkap vaksinasi COVID-19 menyaksikan aksi perlawanan JDT dan KL City secara langsung dari dalam kenderaan masing-masing menerusi sembilan skrin layar gergasi disediakan.
Program diadakan dengan konsep berkenaan setelah mengambil kira situasi pandemik COVID-19 yang masih menular dalam kalangan masyarakat.
Namun begitu, aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan tidak diabaikan kerana terdapat langkah merekod kehadiran penyokong menggunakan aplikasi MySejahtera selain mengambil bacaan suhu badan mereka.
Lebih manis, pasukan JDT membawa piala berprestij itu ke kawasan In-Car Viewing Party dengan menaiki bas khas tanpa bumbung, tepat 11.30 malam.
Pada 27 Ogos lepas, jaringan hatrik penyerang import prolifik Bergson da Silva mengesahkan kejuaraan Liga Super kali kelapan berturut-turut buat JDT, selepas membenam Sri Pahang FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sekali gus menamatkan saingan perebutan takhta lebih awal dengan berbaki dua aksi liga.
Untuk rekod, sebelum ini Terengganu FC (TFC) adalah satu-satunya pasukan yang berjaya mengalahkan JDT sepanjang 22 perlawanan Liga Super musim ini.
Juara Liga Super diberikan slot automatik ke saingan Liga Juara-juara AFC 2022, manakala naib juara Liga Super dan juara Piala Malaysia mendapat peluang beraksi di Piala AFC 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021
Pasukan JDT diarak menaiki bas di hadapan para penyokong selepas dinobatkan juara Liga Super 2021 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 12 Sept, 2021. --fotoBERNAMA
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
TMJ pelawa Figo ke JB soal pembangunan bola sepak negara
Tunku Ismail meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Matyo sudah gantung but?
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
Pra-musim: JDT tampil segak, seragam bertolak ke Sepanyol
Johor Darul Ta'zim (JDT) menuju ke Sepanyol untuk persiapan akhir sempena menghadapi kempen Liga Malaysia, bulan depan.
Pecahkan dominasi JDT musim ini - Azman Adnan
Sudah tiba masanya pencabar lain mengembangkan sayap dan memecah dominasi mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
JDT menang bergaya dengan jersi baharu
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) cemerlang mengatasi pasukan dari Singapura, Lion City Sailors, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim.
Penjaga gol 'bertopeng' JDT cetus tanda tanya
Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan kelainan ketika memperkenalkan jersi baharu bagi barisan penjaga gol menjelang musim baharu Liga Super.
JDT perkenal jersi ketiga
Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga yang akan digunakan untuk musim 2024/25.