PHNOM PENH: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Sabtu mengesahkan tiga lagi pemain negara yang sedang bersaing dalam Kejohanan AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja positif COVID-19.
Tiga kes berkenaan dikesan sewaktu ujian saringan yang dilakukan di hotel penginapan pemain pagi semalam.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa ketiga-tiga pemain berkenaan dan seorang penolong jurulatih telah diasingkan dengan kadar segera dan akan menjalani ujian PCR pagi hari ini.
"Tiga pemain Harimau Malaya B-23 telah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian pantas antigen (ART) di hotel penginapan di Phnom Penh, Kemboja, pagi tadi (Sabtu).
"Tiga pemain tersebut ialah Abdul Hanafie Tokyo, Zainal Abidin Jamil dan T. Saravanan.
"Selain itu, penolong jurulatih, Khan Hung Meng, juga telah disahkan positif COVID-19," kata kenyataan itu.
Sebagai rekod, terdapat dua pemain terlebih dahulu didapati positif virus berkenaan, iaitu Fahmi Daniel Zaaim dan Shafi Azswad Sapari.
Kedua-dua pemain berkenaan dikesan positif sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh tetapi dijangka akan bebas daripada tempoh pengasingan selewat-lewatnya hari ini, bergantung kepada keputusan ujian PCR terkini.
Malaysia akan berdepan Laos dalam aksi kedua Isnin ini selepas tewas 1-2 kepada lawan sama dalam perlawanan pertama Kumpulan B semalam.
*Berita asal di Stadium Astro
Astro Arena
Sat Feb 19 2022
Tiga pemain tersebut ialah Abdul Hanafie Tokyo, Zainal Abidin Jamil dan T. Saravanan. -Stadium Astro
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Kejohanan AFF B-23: FAM sahkan tiga lagi pemain negara positif COVID-19
Tiga kes berkenaan dikesan sewaktu ujian saringan yang dilakukan di hotel penginapan pemain pagi semalam.
Indonesia umum tarik diri Kejuaraan B-23 AFF
Tujuh pemainnya disahkan positif COVID-19, empat pemain pula merupakan kontak rapat serta tiga dilaporkan cedera