EUGENE (Amerika Syarikat): Pelari wanita dari Ethiopia yang juga pemegang rekod dunia Letesenbet Gidey berjaya merangkul emas selepas memenangi acara 10,000 meter di Kejohanan Olahraga Dunia di Eugene, Amerika Syarikat, pada Sabtu, lapor Xinhua.
Gidey, yang memenangi gangsa dalam Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu, mencatat masa 30 minit 09.94 saat.
Pelari Kenya, Hellen Obiri meraih perak dengan catatan masa 30:10.02 manakala rakan senegaranya Margaret Chelimo Kipkemboi memperoleh gangsa dengan catatan masa 30:10.07.
Gidey, 24, yang juga pemegang rekod dunia acara 5,000 dan 10,000 meter berkata impiannya kini menjadi kenyataan.
"Ini adalah matlamat paling utama saya. Kemenangan ini amat bermakna berbanding rekod dunia, saya sangat gembira dengan pencapaian ini. Sejak 2019 lagi saya impikan untuk menang emas," katanya.
Gidey yakin dapat menambah pungutan emasnya dalam acara 5,000 meter.
"Saya ada impian seterusnya iaitu memenangi emas pada acara 5,000 meter. Saya yakin saya boleh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022
Dari kiri, Hellen Obiri, Letesenbet Gidey dan Margaret Chelimo Kipkemboi berdiri di podium selepas acara 10,000 meter wanita dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Eugene, Oregon, Amerika Syarikat, 16 Julai 2022. (Foto AP)
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Kejohanan Olahraga Dunia: Pemegang rekod dunia Gidey menang acara 10,000 meter wanita
Gidey, yang memenangi gangsa dalam Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu, mencatat masa 30 minit 09.94 saat.