Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya punya kelebihan bermain di gelanggang sendiri - Shahrul

Astro Arena
Mac 24, 2024 21:45 MYT
Mohamad Shahrul Mohamad Saad tidak menjadikan kelebihan fizikal yang dimiliki oleh skuad Oman sebagai alasan untuk tidak memberikan 100 peratus bagi mempertahankan tembok Harimau Malaya kelak.
PEMAIN pertahanan negara, Mohamad Shahrul Mohamad Saad tidak menjadikan kelebihan fizikal yang dimiliki oleh skuad Oman sebagai alasan untuk tidak memberikan 100 peratus bagi mempertahankan tembok Harimau Malaya kelak.
Dia juga optimis perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Buki Jalil nanti bakal memberikan kelebihan buat skuad negara dan barisan pertahanan negara mampu mengekang serangan Oman memandangkan bermain di gelanggang sendiri.

Kelayakan Piala Dunia 2026/Asia 2027: Shahrul Saad tak gentar dengan kelebihan fizikal pemain Oman..Perkhh!! #NadiWeekend #AstroArena #PialaDunia pic.twitter.com/vqfOXjl2p2

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kekalahan berdepan Oman memang mengecewakan kami kerana kami ingin pulang membawa mata, saya yakin akan ada perubahan di bahagian serangan pada perlawanan keempat selasa nanti.
"Kami tidak mahu kehilangan mata lagi bila beraksi di laman sendiri nanti dan kami akan memberikan sepenuhnya ketika berada di atas padang nanti.
"Saya tidak merasakan mereka begitu kuat seperti pasukan-pasukan yang kami pernah lawan di Piala Asia sebelum ini.
"Saya yakin kita mempunyai kelebihan apabila bermain di tempat sendiri. Kita juga mempunyai pemain yang tinggi dari segi fizikal cuma kena perlu mengawal dengan lebih baik." katanya.
#bola sepak #Kelayakan Piala Dunia Piala Asia #harimau Malaya #Mohamad Shahrul Mohamad Saad