PUTRAJAYA: Kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia boleh menyebabkan fokus barisan pemain dalam kem badminton kebangsaan terjejas, kata Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann.
Choong Hann menegaskan, beliau dan barisan kejurulatihan di BAM akan memastikan isu berkenaan tidak berlarutan sehingga menggugat prestasi pemain dengan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses pembinaan bakat.
Beliau berkata fokus barisan kejurulatihan selama ini tidak tertumpu kepada Zii Jia sahaja.
"Pemain mungkin akan rasa terganggu tetapi kita telah diberikan tanggungjawab untuk membina semua pemain dan sudah tentu selama Zii Jia dalam jagaan kita, beliau dijaga dengan sepenuh komitmen.
"Ini tidak bermaksud kita mengabaikan yang lain dan ini tidak menjadi masalah bahawa hanya sekarang kita akan mengalihkan tanggungjawab atau penelitian kita kepada pemain lain, kita teruskan kerja seperti biasa sahaja," katanya kepada pemberita selepas menamatkan Larian Bendera Wilayah Persekutuan dan Queen's Baton Sukan Komanwel 2022 di sini hari ini.
Jumaat lepas, BAM memutuskan tidak akan mendaftarkan Zii Jia untuk mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh dua tahun bermula 18 Jan berikutan keputusan juara All England 2021 itu untuk meninggalkan BAM bagi bergerak sebagai pemain bebas.
Sehingga kini, Zii Jia belum membuat sebarang kenyataan berhubung tindakan diambil BAM ke atasnya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai khabar angin bahawa Ng Tze Yong akan menggantikan Zii Jia sebagai pemain perseorangan lelaki utama, Choong Hann berkata pemain kelahiran Johor itu perlu diberikan lebih masa.
"Kita tak mahu memaksa untuk memastikan individu itu terus capai peringkat yang kita mahukan, sebab kita faham dia ada hala tuju, perjalanan dan jangka masa untuk dia meningkat. Jadi kita akan terus membina dan memberikan waktu yang setimpal untuk dia meningkatkan prestasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 23 2022
Choong Hann berkata, fokus barisan kejurulatihan selama ini tidak tertumpu kepada Zii Jia sahaja. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Piala Thomas: Zii Jia ikuti program latihan bersama Tat Meng
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akan meneruskan program latihan yang telah dirancang oleh Pengarah Kejurulatihan TeamLZJ, Wong Tat Meng.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Piala Thomas: Status penyertaan Zii Jia terjawab esok - Rexy
Teka teki di sebalik penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia, ke dalam skuad Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, bakal diketahui esok.
BAC 2024: Zii Jia ke suku akhir
Jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024, selepas mengetepikan cabaran wakil Taiwan Chou Tien Chen hari ini.
Zii Jia ketuai kemaraan pemain negara di BAC 2024
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengetuai kemaraan Malaysia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.
Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy
Pemain lelaki profesional negara Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik.