Khabar dari Emirates, Arsenal sudah ada pengganti Wenger?

Agensi
Mac 25, 2018 11:58 MYT
22 tahun bersama Arsenal, mungkin tiba masanya untuk Arsene Wenger melangkah pergi - Foto REUTERS
ARSENAL dikhabarkan sudah bersedia menggantikan Arsene Wenger selaku pengurus kelab itu.
Rundingan dilaporkan telah berjalan dan hanya menunggu masa untuk diumumkan sekiranya tuan punya badan bersetuju.
Calon yang dikaitkan dengan kelab The Gunners itu ialah Thomas Tuchel, bekas pengendali Borussia Dortmund.
Tindakan pengurus kelahiran Jerman ini menolak tawaran dari Bayern Munich menguatkan lagi spekulasi dia bakal ke Emirates.
Malah Tuchel sebelum ini juga pernah beri bayangan mahu mencuba nasib dalam liga di luar Jerman.
Jika betul-betul berminat mahu mendapatkan khidmat Tuchel, Arsenal dinasihatkan jangan tunggu lama-lama, nanti Tuchel dikebas orang.
Ini kerana Chelsea turut dilaporkan menaruh minat untuk membawa pengurus berusia 44 tahun ini ke Stamford Bridge bagi menggantikan Antonio Conte.
Tuchel dipecat secara mengejut oleh Dortmund pada Mei lalu hanya selepas beberapa hari membawa kelab itu menjulang Piala Jerman.
#Antonio Conte #Arsenal #Arsene Wenger #Bayern Munich #Borussia Dortmund #Chelsea #Thomas Tuchel