KUALA LUMPUR: Penang FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dan kelebihan seorang pemain pada 10 minit terakhir, apabila terikat 1-1 menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya, malam ini.
Skuad 'The City Boys' bermula garang dengan jaringan seawal minit ketujuh, menerusi pemain import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre yang bijak menyudahkan hantaran cantik daripada Paulo Josue, dengan menewaskan dua tonggak pertahanan Penang.
Namun, skuad Harimau Kumbang berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerang import dari Brazil Giovane Gomes, yang meledak masuk bola lantunan yang gagal dikawal dan dikeluarkan oleh pertahanan KL City pada masa tambahan separuh mata pertama (minit 45+1).
KL City terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan import dari Australia, Giancarlo Gallifuoco dilayangkan kad merah pada minit ke-79, kerana menjatuhkan Gomes ketika cuba menghalangnya di hadapan kotak penalti.
Pasukan tuan rumah mendapat peluang untuk mendahului perlawanan menerusi sepakan percuma susulan insiden itu, namun percubaan penyerang import dari Lubnan, Soony Saad sedikit melewati palang gol.
SUKAN-BOLA SEPAK (RANGKUMAN) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Usaha Penang yang terus melakukan serangan bertali arus untuk mendapatkan gol kedua tidak terhasil.
Malah perlawanan itu dicemari dengan satu lagi insiden kad merah apabila pengadil, Mohammad Zamzaidi Katimin mengarahkan Mohammad Rahmat Makasuf keluar padang, selepas menerima kad kuning kedua pada masa kecederaan (minit 90+8).
Sementara itu, PDRM FC terus menjadi 'kuda hitam' Liga Super musim ini, apabila mencatatkan kemenangan mengejut 1-0 ke atas Sabah FC, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Pemain sayap, Nabil Ahmad Latpi muncul wira PDRM apabila meledak jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-26.
Skuad Sang Saka Biru, sebelum ini pernah mencipta kejutan dengan menewaskan Selangor FC dan Kedah Darul Aman (KDA) masing-masing dengan jaringan 1-0.
Keputusan malam ini menyaksikan Sabah kekal di kedudukan kelima carta dengan 24 mata selepas 14 aksi, diikuti KL City di tempat keenam (23 mata), manakala PDRM melonjak ke tempat kelapan (19 mata) dan Penang (15 mata) kekal di tempat ke-10.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023
Penang FC terikat 1-1 menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya, malam ini. - Foto Facebook KL City FC
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
FAM ibaratkan isu tunggakan gaji satu 'penyakit'
Jika masalah gaji tidak ditangani dengan baik, ia boleh menarik perhatian dan tindakan denda oleh FIFA pada masa depan.
Tunggakan gaji KL City: 'Bukan dua bulan, tapi lebih'
Kemelut tunggakan gaji melibatkan para pegawai dan pemain KL City FC yang dilaporkan selama dua bulan sebanyak RM2 juta sebenarnya lebih parah.
Liga Super: Nasib tidak berpihak kepada KL City, JDT cipta rekod 100 gol semusim
JDT mencipta sejarah menjadi kelab pertama menjaringkan 100 gol dalam satu musim Liga Super selepas membelasah Penang FC 8-0.
Terima kasih Kevin Ray Mendoza
Selepas tamat perlawanan, pihak pengurusan pasukan mengumumkan bahawa Kevin bakal meninggalkan kelab bagi menghadapi cabaran baharu.
Piala Malaysia: Morales beri kelebihan tipis buat KL City
Jaringan sepakan penalti dari Romel Morales, pada separuh masa kedua membantu KL City FC menang tipis 1-0 ke atas Sri Pahang FC.
Tidak beraksi pada tahap sebenar punca Perak tewas - Yusri Che Lah
Skuad terpaksa menyerap tekanan pasukan lawan dan keadaan itu menyaksikan banyak kesilapan dilakukan pemain.
Liga Super: KL City kutip mata penuh di Ipoh
Perak FC dibelasah 4-0 di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak.
KL City gagal kuasai derbi Lembah Klang
Selangor kekal menghuni tangga kedua dengan mengumpul 43 mata manakala KL City di tangga ketujuh dengan 28 mata.
Liga Super: KL City belasah Kelantan FC
Kuala Lumpur (KL) City memulakan era di bawah bimbingan Nenad Bacina dengan membelasah kelab tercorot Liga Super, Kelantan FC, 5-1 di Stadium KLFA, sebentar tadi.
Jurulatih datang dan pergi - Hodak
Hodak mengejutkan bola sepak tanahair apabila mengumumkan perletakan jawatan sebagai pengendali skuad warga kota pada Rabu.