KL2017: Sasaran pingat emas ke-111 negara semakin hampir, ayuh Malaysia bangkit!

Astro Awani
Ogos 28, 2017 05:21 MYT
Ayuh rakyat Malaysia, sasma-sama kita nyatakan sokongan padu kepada atlet negara! - Gambar dari Astro-on-the-Go
Pingat emas ke-100 negara diperoleh menerusi skuad gimnastik berirama dalam acara gelung bola belantan dan reben.
Ia menjadikan sasaran negara untuk mengenggam 111 pingat emas dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 semakin hampir.
Malaysia raih emas terbaharu menerusi acara aparatus reben yang disumbang Amy Kuan dan perak dimiliki Koi Sie Yan.
Bagaimanapun, Sie Yan turut menyumbang dua pingat emas masing-masing dalam acara aparatus belantan dan gelung.
Aksi cemerlang Izzah Amzan menghadiahkan Malaysia satu pingat emas dalam acara aparatus bola gelung.
Ayuh rakyat Malaysia, sasma-sama kita nyatakan sokongan padu kepada atlet negara!
Kita @BangkitBersama!
#BangkitBersama #KitaJuara #KL2017 #Kuala Lumpur #Sukan Kuala Lumpur 2017 #Sukan SEA