DENGAN pingat emas ke 111 negara menjelma malam ini, mata rakyat Malaysia tertumpu ke Velodrom Nasional di Nilai.

Pelumba berbasikal negara, Azizulhasni Awang berjaya menewaskan protegenya, Mohd Shah Firdaus, untuk menyumbang pingat ke 111 negara dalam acara pecut individu lelaki.

Peminat nombor satu Azizulhasni Awang, penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza, antara yang cukup teruja dengan kejayaan itu.

Penyanyi nombor satu negara itu awal-awal lagi telah memuat naik status berikut ke akaun Instagram.

Tido pakai glove la malam ni @azizulawangofficial Aaminn .. #myluckynumber111 @therealfafau

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Glove yang ditandatangani Azizulhasni itu dihadiahkan kepada Siti selepas muncul juara acara keirin dalam Kejohanan Dunia, April lalu.

Datuk Siti antara artis yang aktif dengan sukan berbasikal dan kerap kali menyatakan sokongan kepada atlet berbasikal negara.