PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tidak akan membenarkan konsert Coldplay yang bakal berlangsung pada 22 November di Stadium Nasional Bukit Jalil mengganggu perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan diadakan sehari sebelum itu.
Menurut Hamidin, beliau akan memastikan insiden sama yang menyaksikan hanya 21,000 tempat duduk disediakan pada aksi separuh akhir Piala AFF menentang Thailand pada 7 Januari lalu kerana memberi laluan kepada persiapan untuk konsert Jay Chou tidak berulang lagi.
"Perkara ini sebenarnya saya telah bincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan juga dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi.
"Saya telah menyatakan pada menteri perkara ini dah kali kedua berlaku. Perkara ini tidak boleh berlaku lagi. Beliau setuju kerana kita telah maklumkan kontrak kita dengan PSM ini.
"Semuanya dalam FIFA kalendar dan juga kalau nak buat apa-apa, perlu maklumkan kepada kita. Jika tidak, lebih baik jangan ada kontrak dengan PSM, lebih baik kita pergi stadium lain," katanya.
Bagaimanapun, Hamidin menjelaskan sebarang tindakan seterusnya akan diambil apabila undian sudah berlangsung sekiranya Harimau Malaya perlu beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Kita sudah buat beberapa persiapan untuk lihat kalau perlawanan berlangsung 21 November itu di Stadium Nasional.
"Konsert yang dibuat ini memang betul di luar kalendar FIFA, tetapi persiapan itu lima enam hari dan membuatkan sebahagian tidak boleh digunakan. Apa pun kita kena tunggu Julai untuk undian selain saya juga telah berbincang dengan AFC," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 18 2023
Hamidin menjelaskan sebarang tindakan seterusnya akan diambil apabila undian sudah berlangsung sekiranya Harimau Malaya perlu beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Sinar Harian
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Nahas helikopter Lumut: Video persiapan Raya jadi kenangan terakhir bersama arwah - Abang
Arwah dilihat begitu teruja membuat persiapan Aidilfitri dengan memesan langsir baharu berwarna putih dan keemasan.
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Konsert Coldplay: Kuala Lumpur rekod kehadiran tertinggi, perolehan RM52 juta
Konsert di Kuala Lumpur juga meraih kutipan AS$10,904,369, perolehan tiket kedua tertinggi bagi Coldplay, selepas GBK.
Siti Nurhaliza tak perlu risau, final Piala Malaysia sudah atasi Coldplay
Siti mungkin tidak perlu bimbang lagi berikutan rekod kehadiran konsertnya diatasi Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil bulan lalu.
Ramai puas hati dengan Coldplay
Chris Martin siap berpantun, 'payung' peminat dengan lagu-lagu kegemaran.
PDRM buat persiapan rapi menjelang konsert Coldplay
PDRM akan menjalankan pemeriksaan tubuh badan dan beg serta barangan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium.
Konsert Coldplay: PM Anwar akan bincang dengan Mufti Wilayah
Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan menggesa penganjur membatalkan konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Rabu ini.
Kalah Coldplay dan Taylor Swift, Jacky Cheung buat konsert 11 hari di Singapura
Penganjur juga mendakwa persembahan selama 11 hari akan menjadikan ia sebagai persembahan terbanyak yang pernah diadakan oleh seorang penyanyi solo di Singapura.
Konsert Coldplay: Perlu ada strategi agresif bangkitkan pelancongan di Malaysia - Khairy
Konsert kumpulan rock Coldplay ditambah menjadi enam hari di Singapura terus menjadi topik hangat rakyat Malaysia ketika ini.
Konsert hari keenam Coldplay di Singapura 'sold out' dalam tempoh 2 jam
Coldplay awalnya dijadual mengadakan konsert di Singapura pada 23, 24, 26, dan 27 Januari 2024.
Malaysia terlepas peluang ekonomi Coldplay - Syed Saddiq
Singapura bakal mengutip hasil jualan tiket sebanyak RM180 juta bagi konsert selama enam hari itu.
MOTAC teliti aduan kekurangan konsert, tunggu permohonan penganjur Coldplay
MOTAC akan meneliti aduan kekurangan konsert artis luar negara membuat persembahan di negara ini.