Koo-Tan tersingkir dalam pusingan pertama Terbuka China

Bernama
November 16, 2016 08:16 MYT
Pasangan beregu negara Koo Kien Keat (kanan) dan Tan Boon Heong ketika perlawanan separuh akhir kejohanan Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan pada Mei, 2016. - Gambar fail / BERNAMA
TAN Boon Heong dan Koo Kien Keat, yang kini meniti hari-hari perpisahan, tersingkir dalam pusingan pertama Siri Super Premier Terbuka China selepas tewas kepada pasangan Denmark di Fuzhou, China, sebentar tadi.
Beregu lelaki negara itu tewas kepada pilihan kelima kejohanan, Mads Conrad Petersen-Mads Pieler Kolding, selepas sejam mengharungi tiga set perlawanan.
Boon Heong-Kien Keat gagal mengekalkan rentak kemenangan set pertama, 21-19, apabila tumpas dua set berikutnya 17-21, 13-21.
Pada awal bulan ini, Kien Keat mengumumkan persaraannya selepas Terbuka Hong Kong, 22-27 November ini.
Sementara itu, pusingan kelayakan turut tidak memihak kepada wakil negara.
Perseorangan lelaki, Yeoh Kay Ee, tewas kepada Andre Marteen 21-17, 9-21, 12-21.
Terdahulu, aksinya bersama gandingan beregu lelaki, Chow Pak Chuu, mudah dipatahkan beregu lelaki tuan rumah, Lu Kai-Zheng Siwei, 8-21, 8-21.
Keputusan:
Tan Boon Heong/Koo Kien Keat kk Mads Conrad Petersen/Mads Pieler Kolding 19-21 21-17 21-13
Yeoh Kay/Chow Pak Chuu kk Ee Lu Kai/Zheng Siwei 8-21, 8-21.
Yeoh Kay Ee kk Andre Marteen 21-17, 9-21, 12-21.
#Koo Kien Keat #Mads Conrad Petersen-Mads Pieler Kolding #pasangan Denmark #Siri Super Premier #Tan Boon Heong #Terbuka China