Lebih 38,000 sertai Standard Chartered KL Marathon 2018

Astro Awani
April 7, 2018 23:24 MYT
Edisi tahun ini merupakan yang terbesar dengan lebih daripada 38,000 peserta mengambil bahagian. -Facebook / SCKLmarathon
Hari ini berlangsungnya acara larian Standard Chartered KL Marathon yang memasuki ulang tahun ke-10 penganjuran.
Edisi tahun ini merupakan yang terbesar dengan lebih daripada 38,000 peserta mengambil bahagian, membabitkan tajaan daripada Standard Chartered Malaysia bersama dengan Brooks, Lucozade, Seiko dan Pasifik.
Acara larian ini terbahagi kepada beberapa kategori, antaranya Individu, Korporat, Kanak-Kanak, Universiti, dan Kementerian dengan jarak larian dari 1 hingga 42.2 kilometer.
Tahun ini juga menyaksikan persaingan beberapa pelari maraton tanah air seperti Muhaizar Mohamad, Leo Tan, Nik Fakaruddin dan Ow Yong Jin Kuang yang mencatat kejayaan peribadi di acara Tokyo Marathon, baru-baru ini.
Sementara itu, Astro AWANI juga tidak melepaskan peluang memeriahkan acara larian melalui penyertaan beberapa personalitinya iaitu Khairunissa Kasnoon, Marlina Manaf, Mohd Dzulfitri Md Yusof, dan Nazri Kahar.
Sebanyak 26 buah jalan ditutup hingga jam 12 tengah hari ini untuk memberi laluan kepada acara ini.
Standard Chartered KL Marathon merupakan acara larian utama yang menempatkan Malaysia dalam kalendar acara global.
#Acara #jalan #larian #marathon #Standard Chartered KL Marathon #sukan