Lebih 6,000 pemohon duduki peperiksaan pertama ejen bola sepak FIFA

Bernama
April 12, 2023 23:40 MYT
Peperiksaan tambahan dijadualkan pada 20 Sept 2023, selain Mei dan November 2024, menurut FIFA. - Foto fail/REUTERS
GENEVA: Badan induk bola sepak dunia FIFA menerima 6,586 permohonan daripada 138 ahli persatuan di seluruh dunia untuk menduduki peperiksaan pertama ejen bola sepak.
FIFA pada Selasa berkata peperiksaan yang pertama kali diperkenalkan itu dijadualkan pada 19 April, selepas Peraturan Ejen Bola Sepak FIFA (FFAR) berkuat kuasa pada Januari 2023.
"Pengenalan sistem pelesenan adalah komponen utama FFAR, kerana ia meningkatkan standard profesional dan etika untuk profesion ejen bola sepak, sekali gus membawa kepada peningkatan dalam kualiti perkhidmatan yang mereka sediakan kepada pelanggan dalam industri bola sepak," lapor Xinhua memetik kenyataan FIFA.
Peperiksaan tambahan dijadualkan pada 20 Sept 2023, selain Mei dan November 2024, menurut FIFA.
-- BERNAMA
#FIFA #bola sepak #peperiksaan #kualiti perkhidmatan