MEMETIK satu pepatah Inggeris yang bermaksud, "Apa yang penting bukanlah bagaimana ia bermula, tetapi bagaimana ia berakhir", terngiang-ngiang ungkapan itu tatkala wisel penamat final Liga Juara-Juara UEFA (UCL) ditiupkan awal pagi tadi.
Dengan skor akhir 1-0 menentang Liverpool, trofi juara UCL disahkan menjadi milik Real Madrid buat kali ke-14 dalam sejarahnya.
Meski rata-rata penonton mengeluh akan perlawanan ini berakhir dengan skor yang rendah, ia sebenarnya merupakan satu aksi yang cukup sengit, penuh dengan strategi dan permainan minda, serta usaha tanpa henti pemain kedua-dua pasukan.
Seperti yang dibicarakan dalam artikel lalu, serta seperti yang dijangka, Liverpool menguasai babak awal hampir sepenuhnya.
Tekanan menyeluruh Liverpool berikan sejak wisel permulaan sehinggakan pemain Real Madrid gagal untuk mengeluarkan bola dari kawasan mereka sepanjang 10 minit pertama.
Penyerang-penyerang berbisa, Karim Benzema dan Vinicius Jr., berterusan mengintai peluang untuk melakukan serangan balas tetapi pemain-pemain kreatif Madrid, Luka Modric dan Toni Kroos, ditekan sepenuhnya hinggak tidak memiliki lebih dari dua saat pun untuk melakukan hantaran ketika bola berjaya diperoleh.
Jika senario sebegini berlaku kepada pasukan-pasukan lain, semestinya perasaan gugup bakal mula menguasai diri, segala strategi diranapkan, dan di saat itulah Liverpool mula melakar kemenangan - - itulah cara mereka memenangi kesemua perlawanan mereka musim ini.
Tetapi ini adalah Real Madrid yang dibicarakan.
Serangan bertali-arus Liverpool digagalkan oleh 'Man of the Match', Thibaut Courtois, berkali-kali dan Real bijak memperlahankan rentak permainan agar dapat memutuskan rantaian penguasaan pihak lawan dan kembali memberikan kestabilan buat pasukan mereka.
Liverpool mengasak, Madrid bertahan, Liverpool bermula semula -- rentetan ini berulang sepanjang hampir 40 minit pada separuh masa pertama.
Pada minit ke-41, tanpa sebarang amaran, satu hantaran jauh David Alaba menemui Benzema yang telah lama menanti dan buat pertama kalinya barisan pertahanan Liverpool kelihatan huru-hara.
Kuisan Benzema menyaksikan bola membolosi gawang, namun hasil semakan VAR yang memakan masa hampir lima minit lamanya memutuskan gol itu dibatalkan gara-gara ofsaid. Liverpool terselamat, namun hanya untuk sementara.
Wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan tidak lama kemudian.
Menurut laporan The Guardian, di kala ini, Liverpool telah melakukan sebanyak lima percubaan berbahaya tetapi serangan balas Madrid itu mengingatkan bahawa hanya satu percubaan yang mereka perlukan untuk menggagalkan segala usaha yang telah Liverpool bina dengan penuh sabar.
Empat belas minit selepas perlawanan dimulakan semula, itulah yang terjadi.
Lorongan cantik pemain sayap kanan, Fede Valverde, melepasi kaki deretan pertahanan Liverpool untuk menemui Vinicius Jr yang langsung tidak dikawal dan dari saat itu, leburlah harapan The Reds untuk meraih trofi ketiga mereka musim ini.
Menerusi tinjauan ringkas sejak beberapa jam lalu, rata-rata pihak media England nampaknya menjadikan bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold, sebagai titik fokus utama dan juga ‘kambing hitam’ atas kekalahan tersebut.
BACA: Liga Juara-Juara kembali ke bumi Madrid
BACA: Final UCL: Liverpool terluka tapi akan kembali - Klopp
Benar, ada kekhilafan yang nyata -- keasyikannya membantu barisan serangan Liverpool seringkali meninggalkan satu ruang besar di sudut kanan untuk dieksploitasi.
Malah, Alexander-Arnold seolah-olah lupa akan kewujudan Vinicius Jr sewaktu serangan balas keramat Madrid dilakukan. Dalam pada itu, jika tiadanya bantuan hantaran tajam daripadanya, mungkin hampir separuh daripada percubaan Liverpool tidak akan dapat dilancarkan pun.
Berdasarkan apa yang ditonton, Liverpool bukannya tidak cukup bagus tetapi hakikatnya adalah Madrid merupakan pasukan yang lebih baik.
Courtois menunjukkan aksi penjaga gol yang sempurna -- satu tembok kebal yang tidak dapat ditembusi.
Dani Carvajal terbukti lebih berpengalaman dalam meneutralkan Luis Diaz, Ferland Mendy merantai Mohamed Salah sebaik-baiknya manakala gabungan Eder Militao, David Alaba dan bantuan pertahanan daripada Casemiro menyaksikan segala percubaan Liverpool dari sudut mana sekalipun berakhir dengan kegagalan.
Bola sepak adalah permainan strategi, perang dalam mengatasi aspek mental dan mencari kelemahan pihak lawan untuk diambil kesempatan sepenuhnya - - itulah yang Madrid lakukan dengan jayanya di Stade de France, Paris awal pagi tadi.
Kekalahan Liverpool bukanlah gara-gara kelemahan Alexander-Arnold seorang tetapi kegagalan pasukan mereka untuk mengatasi kekuatan raja Eropah yang sememangnya layak untuk dijulang.
Berakhirlah sudah satu lagi musim bola sepak Eropah yang penuh debaran dan keterujaan, kita saksikan bagaimana aksi kesemua pasukan dalam mencabar Real Madrid untuk merampas takhta yang mereka duduki dengan penuh bangga ketika ini. - Oleh Asmawi Bakiri
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sun May 29 2022
Dengan skor akhir 1-0 menentang Liverpool, trofi juara UCL disahkan menjadi milik Real Madrid buat kali ke-14 dalam sejarahnya. - Stadium Astro
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Salah perkukuh cengkaman Liverpool di tangga teratas Liga Juara-Juara
Gol tunggal dijelmakan menerusi penalti Salah pada minit ke-63, memastikan Liverpool mengumpul 18 mata selepas mengharungi enam perlawanan.
Ancelotti berisiko dipecat
Tekanan semakin meningkat ke atas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti susulan kekalahan 1-3 kepada AC Milan dalam aksi Liga Juara-Juara.
Jaringan sendiri Shahktar untungkan Arsenal
The Gunners terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua dan mensia-siakan beberapa peluang yang baik.
UCL: Aston Villa cipta kejutan tewaskan Bayern Munich
Anak buah Vincent Kompany mendominasi perlawanan tetapi mensia-siakan beberapa peluang terbaik mereka.
UCL: Semusim menyepi, Liverpool kembali dengan aksi garang di San Siro
Mengubah suasana perlawanan, Ibrahima Konate menyamakan kedudukan pada minit ke-23 untuk menyempurnakan sepakan sudut Trent Alexander-Arnold.
UCL: Jaringan 'pengantin baru' Endrick warnai kemenangan Real Madrid
Stuttgart ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.
Perarakan kejuaraan Real Madrid disambut meriah
Real Madrid meraikan kemenangan Liga Juara-Juara mengelilingi ibu kota Sepanyol dalam perarakan bas atas terbuka sebelum berpesta dengan peminat di Bernabu.
Borussia Dortmund buat PSG terkedu
Penyerang itu mengawal bola dengan sempurna sebelum melakukan rembatan rendah melepasi penjaga gol Gianluigi Donnarumma pada minit ke-36.
Liga Juara-Juara: Real Madrid-Bayern Munich sama handal
Pemain skuad kebangsaan Brazil itu jaringkan gol buat pelawat mendahului perlawanan pada minit ke-24 selepas terima hantaran Toni Kroos.