Liga Juara-Juara: Dua gol Messi bantu Barcelona benam Liverpool

Agensi
Mei 1, 2019 21:32 MYT
Persembahan cemerlang Messi turut membantu penyerang dari Argentina itu mencatatkan gol peribadi ke 600 buat pasukan Catalan itu. - Foto REUTERS
Lionel Messi meletakkan Barcelona di ambang perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 pasukan itu mengatasi pasukan Inggeris, Liverpool dalam perlawanan separuh akhir pertama kejohanan.
Beraksi di Nou Camp, persembahan cemerlang Messi turut membantu penyerang dari Argentina itu mencatatkan gol peribadi ke 600 buat pasukan Catalan itu.
Bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez pula meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan apabila membuka tirai jaringan dengan gol cantik pada minit ke 26 meskipun pasukan pelawat pimpinan jurulatih Juergen Klopp yang terlebih dahulu mencipta beberapa peluang.
Messi selaku ketua pasukan Barca, menjaringkan gol kedua perlawanan pada minit ke 75, mengambil kesempatan dari peluang terbuka selepas cubaan Suarez terlebih dahulu terkena palang.
Messi kemudiannya menambah kelebihan gol sebagai bekalan ke gelanggang lawan di Anfield pada Selasa depan dengan menjaringkan gol ketiga pada minit ke 82.
Barcelona 3, Liverpool 0.
#Argentina #barcelona #bola sepak #Champions League #Liga Juara-Juara #Lionel Messi #Liverpool #Luis Suarez