MANCHESTER CITY mengesahkan tempat ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) biarpun terikat 0-0 dengan Atletico Madrid dalam perlawanan suku akhir kedua awal pagi tadi.

Jaringan tunggal Kevin De Bruyne dalam perlawanan pertama minggu lalu memberikan pasukan bimbingan Pep Guardiola itu kelebihan tipis untuk dibawa ke Wanda Metropolitano.

Atletico kendalian Diego Simeone memberikan mereka tekanan luar biasa dalam babak kedua tetapi City kental bertahan sebelum ketegangan berlaku pada penghujung permainan sehingga Felipe dilayangkan kad merah.

Ia menyaksikan pasukan pelawat itu mengekalkan kelebihan agregat 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir UCL buat kali kedua berturut-turut -- kali pertama dilakukan sepanjang sejarah mereka.

Pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu seterusnya akan bertemu Real Madrid bagi penentuan ke final bulan depan selepas pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu menyingkirkan Chelsea dalam satu lagi perlawanan suku akhir semalam.

ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI STADIUM ASTRO