KUALA LUMPUR: Penang FC berjaya bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk mengikat naib juara Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022, Kuala Lumpur (KL) City FC 2-2 pada aksi sulung Liga Super, walaupun beraksi dengan 10 pemain.
Aksi penuh dramatik di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, bermula dengan jaringan sepakan percuma kapten pasukan skuad "The City Boys" Paulo Josue, yang menjadi pemain naturalisasi terbaharu, pada minit ke-14.
Skuad Harimau Kumbang kemudian hilang khidmat tonggak pertahanan mereka, apabila pengadil perlawanan Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah mengarahkan A Namathevan keluar padang pada minit ke-58 selepas menerima kad kuning kedua ke atas kekasarannya.
Josue, pemain kelahiran Brazil, menggunakan peluang itu untuk meningkatkan jurang menerusi rembatan pada minit ke-71.
Penang ternyata tidak rela untuk berputih mata, apabila merapatkan jurang menerusi Muhammad Hadin Azman pada minit ke-73, manakala penyerang import dari Brazil, Giovane Gomes melengkapkan hantaran lintang Faris Shah Rosli pada minit ke-85 untuk membawa pulang satu mata.
Sementara itu, Saddil Ramdani muncul wira buat pasukan Sabah FC untuk membenam pendatang baharu PDRM FC 4-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Pemain import dari Indonesia berusia 24 tahun itu, terdahulu meletakkan skuad Sang Badak di hadapan pada minit ke-13, sebelum melakukan hantaran lintang kepada pemain import dari Korea Selatan, Park Tae-soo, yang menanduk bola itu ke dalam gawang pada minit ke-37.
Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee terus menambah derita buat skuad Sang Saka Biru, apabila Saddil menjaringkan gol kedua peribadinya menerusi serangan balas pada minit ke-71, sebelum Stuart Wilkin melengkapkan kemenangan 4-0 pada masa kecederaan.
Derbi Utara di Stadium Perak pula, menyaksikan Kedah Darul Aman (KDA) FC mencatatkan kemenangan selesa 4-1 ke atas Perak FC, yang beraksi dengan sembilan pemain.
Skuad Bos Gaurus bermula garang menerusi jaringan minit keempat Mohamad Ikhwan Hafizo, namun Kedah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Lee Tuck pada minit ke-21.
Skuad Sang Kenari terus menambah jaringan menerusi Willian Sousa pada minit ke-67, Muhammad Ariff Farhan (84) dan Jonathan Dos Reis (90) untuk kemenangan 4-1 itu.
Perak kehilangan dua pemain selepas pengadil Zulkarnain Zakaria melayangkan kad merah kepada tonggak pertahanan Ahmad Haziq Ahmad Puad pada minit ke-36 kerana mengasari Amirbek Juraboev dan pemain import, Sunday Afolabi pada minit ke-78 selepas mengasari Manuel Hidalgo.
Terdahulu, Kuching City berjaya memulakan debut saingan Liga Super dengan mengejutkan Kelantan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Penang FC berjaya bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk mengikat naib juara Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022, Kuala Lumpur (KL) City FC 2-2 pada aksi sulung Liga Super, walaupun beraksi dengan 10 pemain. - Foto FB MFL
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.
"Saya masih Faisal Halim yang sama"
Ada waktu kita dipuji melambung dan ada waktu kita dihina dan dikritik, kata Miki.
KDNFC bawa masuk tiga lagi pemain import sertai Liga Super
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) membawa masuk tiga lagi pemain import bagi melengkapkan skuad Liga Supernya dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.
Pra-musim: JDT tampil segak, seragam bertolak ke Sepanyol
Johor Darul Ta'zim (JDT) menuju ke Sepanyol untuk persiapan akhir sempena menghadapi kempen Liga Malaysia, bulan depan.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
Penjaga gol 'bertopeng' JDT cetus tanda tanya
Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan kelainan ketika memperkenalkan jersi baharu bagi barisan penjaga gol menjelang musim baharu Liga Super.
Liga belum mula, tiga mata Kedah Darul Aman sudah dipotong
KDA FC telah diberikan masa untuk menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji berkenaan pada 30 Mac lalu, namun kelab itu gagal mematuhinya.
Kedah Darul Aman FC dalam fasa penstrukturan semula untuk musim 2024/25 - Pemilik
Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam fasa penstrukturan semula sambil pemilik majoriti kelab.