DATUK Lim Teong Kim tampil memberikan penjelasan tentang isu kontroversi yang mencuri perhatian peminat bola sepak tanah air apabila dia dikatakan seolah-olah tidak menghormati pengamal media yang mengajukan soalan kepadanya.

Teong Kim menegaskan bahawa situasi di Stadium Perak, Ipoh, sangat bingit ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 4 April lalu hingga membuatkan dia tidak dapat mendengar soalan daripada wartawan.

"Pihak pengurusan tidak berpesan apa-apa. Sesiapa yang berada di stadium dan di televisyen sekalipun nampak penyokong sedang meraikan. 

"Suasana agak riuh jadi tidak dengar (soalan wartawan). Jurukamera yang sedang memakai fon kepala juga menyuruh wartawan terbabit agar pergi rapat sikit dengan saya dan selepas itu barulah saya dapat dengar (soalannya).

"Saya tiada niat untuk memperkecilkan sesiapa pun.

"Saya bukan orang sebegitu tapi kalau saya ada mengguris hati sesiapa, saya minta maaf," katanya. 

BACA: Isu tular: Perak FC kecewa tindakan Teong Kim

BACA: SAM kecewa cara Teong Kim santuni petugas media selepas kekalahan Perak