KUALA LUMPUR : Lima pemain baharu dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan B-23 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja pada 14 hingga 26 Februari ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan tiga daripadanya merupakan pemain dalam senarai simpanan iaitu Muhammad Firdaus Kaironnisam dan Muhammad Najmuddin Akmal Kamal Akmal dari Johor Darul Ta'zim (JDT) III, dan K. Thivandaran dari Penang FC.
Dua lagi pemain yang turut tersenarai ke kem latihan itu adalah A. Selvan dan N.Javabilaarivin dari Negeri Sembilan FC.
Menurut FAM, Muhammad Firdaus, Muhammad Najmudin dan Thivadaran telah memulakan latihan bersama skuad B-23 kebangsaan pada 27 dan 28 Januari lepas, manakala Selvan serta Javabilaarivin menyertai pasukan bermula hari ini.
Skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari dan akan menentang Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Prince pada 15 Februari, sebelum berdepan dengan Laos pada 18 Februari di venue sama dan bertemu Indonesia dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Morodok Techo pada 21 Februari.
Tiga juara kumpulan dan pasukan naib juara kumpulan terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir pada 24 Feb manakala perlawanan akhir dijadual berlangsung pada 26 Februari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022
Menurut FAM, Muhammad Firdaus, Muhammad Najmudin dan Thivadaran telah memulakan latihan bersama skuad B-23 kebangsaan pada 27 dan 28 Januari lepas, manakala Selvan serta Javabilaarivin menyertai pasukan bermula hari ini. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.