PENYERANG sensasi Argentina, Lionel Messi dilaporkan terima tawaran rasmi untuk menyertai dari kelab bola sepak Arab Saudi, Al-Hilal bagi musim akan datang.

Tawaran itu didedahkan sumber rapat dengan kapten Argentina tersebut.

Tawaran dari kelab Al-Hilal, bernilai sekitar AS$400 juta (RM1.8 bilion) setahun, merupakan satu-satunya tawaran yang diterima Messi setakat ini.

Kelab Al-Hilal dalam pada itu belum mengesahkan laporan tersebut.

Penyerang berusia 35 tahun itu turut dikaitkan dengan perpindahan semula ke kelab ketika beliau remaja, Barcelona.

Selain itu, beberapa kelab dikaitkan dengan Liga Bola Sepak Amerika (MSL) turut dilaporkan berminat mendapatkan Messi.

Messi digantung kelabnya Paris St Germain (PSG) awal minggu ini, selepas melawat Arab Saudi tanpa kebenaran kelab itu.

Menurut laporan akhbar sukan Perancis, L'equipe, tindakan messi menyebabkan PSG kini mempertimbangkan pilihan untuk memperbaharui kontrak beliau bagi musim ketiga.

Sementara itu sumber rapat lain memberitahu, penggantungan Messi oleh PSG dibuat kerana kenyataan Messi enggan kekal dan berhasrat meninggalkan kelab itu kerana prestasi musim ini.

Messi dilantik sebagai duta pelancongan Arab Saudi, sementara pesaingnya sekian lama Cristiano Ronaldo memeterai kontrak bernilai AS$220 juta (RM979 juta) setahun dengan kelab negara itu, Al-Nassr Disember lalu.