TAHUKAH anda berapakah jumlah dibelanjakan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika proses jual beli pemain sepanjang jendela perpindahan pemain yang baru berakhir Januari ini?
420 juta pound atau bersamaan dengan lebih RM2 bilion.
Jumlah ini adalah rekod tertinggi baru yang dicatatkan, dengan peningkatan dua kali ganda berbanding rekod pada 2011 iaitu 225 juta pound (RM1.2 bilion).
Kelab-kelab seperti Arsenal, Brighton, Huddersfield, Liverpool, Manchester City, Southampton dan Swansea masing-masing catat rekod perpindahan termahal yang baru.
Liverpool mencatat rekod sebagai kelab dengan perbelanjaan tertinggi melibatkan nilai 75 juta pound (RM417 juta) menerusi pembelian Virgil van Dijk dari Southampton dan Tony Gallacher dari Falkirk.
Ini diikuti dengan Arsenal yang belanja hampir 62 juta pound (RM345 juta) apabila mendapatkan khidmat Pierre-Emerick Aubameyang, dan Konstantinos Mavropanos.
Walaupun terlepas khidmat Alexis Sanchez, Manchester City pula di tempat ketiga dengan 57 juta pound (RM317 juta) apabila mendapatkan penyerang Athletic Bilbao, Aymeric Laporte serta Jack Harrison dari kelab New York City di liga Amerika Syarikat, MLS.
Lain-lain kelab dengan perbelanjaan tertinggi termasuk Chelsea 57.6 juta pound (RM320 juta), Everton 47 juta pound (RM261 juta) dan Leicester City, 26.4 juta pound (RM147 juta).
Bournemouth, Burnley, Manchester United, Newcastle dan West Ham pula tidak membelanjakan sesen pun ketika jendela perpindahan kali ini.
Namun The Red Devils membuat pertukaran pemain Henrikh Mknitaryan untuk mendapatkan Alexis Sanchez.
Bagi kategori pemain, Van Dijk disenarai pembelian termahal dalam liga perdana diikuti Aubameyang, Laporte, Cenk Tosun (27 juta pound ke Everton), Lucas Moura (225 juta pound ke Tottenham Hotspurs), Emerson (24.6 juta ke Chelsea), Adrien Silva (22 juta pound ke Leicester) dan Theo Walcott (20 juta pound ke Everton).
Agensi
Fri Feb 02 2018
Kelab Liga Perdana Inggeris belanja 420 juta pound atau lebih RM2 bilion sepanjang jendela perpindahan Januari - Foto www.premierleague.com
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Chelsea himpit Liverpool selepas menang di Tottenham
The Blues kini mengumpul 31 mata selepas mengharungi 14 perlawanan, empat mata di belakang pendahulu Liverpool yang kurang satu perlawanan.
Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.
Caicedo bantu Chelsea ikat United di Old Trafford
Chelsea kini berada di tempat keempat liga dengan 18 mata manakala United pula di tempat ke-13 dengan 12 mata selepas 10 perlawanan.
EPL: 'Cole Palmer penyebab penyokong beli tiket tonton aksi Chelsea'
Palmer hanya memerlukan 75 saat selepas bermulanya separuh masa kedua untuk menjaringkan gol kemenangan sekali gus meletakkan Chelsea mendahului 2-1.
EPL: Gol Jones kembalikan Liverpool ke puncak atasi Chelsea
Liverpool kembali berkelebihan satu mata di atas pencabar terdekat, City, dan empat mata di atas lawan berikutnya, Arsenal.
EPL: Bintang Chelsea, Palmer lakar sejarah baru ketika ledak empat gol
Palmer menjaringkan keempat-empat gol Chelsea dalam perlawanan yang menampilkan enam gol dalam separuh masa pertama.
EPL: Pedro Neto sarung jersi nombor 7 di Chelsea, Raheem Sterling angkat kaki
Pemain sayap berusia 29 tahun itu telah memaklumkan keinginannya untuk ke kelab lain sebelum tarikh akhir jendela perpindahan minggu depan.
EPL: Maresca ganti Pochettino di Chelsea
Bekas pengendali Leicester City itu memeterai kontrak lima tahun dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh itu setahun lagi.
Real Madrid yang menang, Chelsea yang dapat duit!
Real dianggarkan perlu menyelesaikan bayaran hasil kemenangan tersebut dengan jumlah 13 hingga 15 juta pound kepada Chelsea.