Skuad negara beraksi cemerlang pada hari ketiga Kejohanan Silat Asia Tenggara apabila meraih tiga pingat emas dalam kategori Seni - Ganda Lelaki, Tunggal Lelaki dan Ganda Wanita, pada Khamis.
Pasangan negara, Mohd Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif menceriakan kem negara selepas mencatat 580 mata keseluruhan untuk meraih emas, mengatasi gandingan Vietnam Vu Quoc Viet/Nguyen Xuan Thanh yang meraih perak dengan 565 mata.
Pingat gangsa kategori Ganda Lelaki itu, dimenangi pasangan Singapura Muhammad Haziq Zainal Abidin dan Nijaid Hasif Zainal Abidin, yang mengumpul 561 mata.
"Ia permulaan yang baik bagi kami menjelang Sukan SEA Ogos depan dan kemenangan ini menaikkan semangat serta motivasi saya.
"Saya percaya, kami boleh melakukan persembahan lebih baik dan akan berusaha keras untuk mencapai matlamat utama memenangi pingat emas pada Sukan SEA," kata Rosli selepas aksi final yang berlangsung di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, di sini pada Khamis.
Bagi kategori Tunggal Lelaki, Muhammad Afifi Nordin menepati ramalan meraih pingat emas setelah mengumpul 468 mata menewaskan pesilat Singapura Muhammad Iqbal Abdul Rahman untuk pingat perak dengan 452 mata.
Pingat gangsa menjadi milik pesilat Vietnam Vu Tien Dung yang mengutip 437 mata.
"Kemenangan saya hari ini adalah hasil usaha keras saya serta tunjuk ajar jurulatih yang tidak mengenal erti putus asa.
"Semangat kejayaan hari ini akan saya bawa untuk memenangi pingat emas di Sukan SEA nanti," kata pesilat berasal dari Pahang itu.
Pesilat wanita negara turut beraksi cemerlang apabila meraih pingat emas dalam kategori Ganda Wanita, menerusi Nor Hamizah Abu Hasan/Nur Syazreen A.Malik, yang mengumpul 582 mata.
Pingat perak acara itu dirangkul pesilat Vietnam Nguyen Thi Thu Ha/Nguyen Thu Huyen yang mengumpul 552 mata, manakala gangsa menjadi milik pesilat Singapura Nur Azlyana Ismail/Nurhanishah Syahrudin yang mengutip 550 mata.
Tujuh negara mengambil bahagian pada Kejohanan Silat Asia Tenggara, iaitu Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia.
Sebanyak 19 kategori termasuk enam acara silat seni dipertandingkan pada kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula 14 Mac lepas. -- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2017
Mohd Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif beraksi di peringkat akhir acara silat seni kategori beregu lelaki pada Kejohanan Silat Asia Tenggara kali ke-7 di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Gombak, 16 Mac. --fotoBERNAMA
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
M'sia raih tiga emas pada Kejohanan Silat Asia Tenggara
Pasangan negara, Mohd Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif menceriakan kem negara selepas mencatat 580 mata keseluruhan untuk meraih emas, mengatasi gandingan Vietnam.