Malaysia juara AFF B-19!

Ian Johan Ariff
Julai 14, 2018 14:21 MYT
Malaysia muncul juara AFF B-19 selepas menewaskan Myanmar 4-3 di Surabaya. - Facebook/FAM
Malaysia muncul juara kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bawah 19 tahun buat kali pertama selepas mengalahkan Myanmar 4-3 di perlawanan akhir.
Nik Akif Syahiran Nik Mat menjadi wira skuad Harimau Malaya selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir masa kecederaan babak kedua, menerusi sepakan percuma dari kiri padang.
Sebelum itu, Malaysia mendahului permainan 2-0 menerusi jaringan Awang Muhammad Faiz dan Nik Akif pada awal babak pertama, namun Myanmar bangkit dengan tiga gol untuk mendahului 3-2 tamat babak pertama.
Shivan Pillay kemudian menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-75 sebelum Nik Akif menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-93 perlawanan.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turun menyaksikan perlawanan itu diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat kemenangan dan trofi kejuaraan kepada skuad bimbingan Bojan Hodak itu.
#AFF #AFF B19 #Awang Muhammad Faiz #FAM #harimau Malaya #Malaysia #Nik Akif Syahiran #Syed Saddiq