Malaysia yang mengumpul 129 mata, berada di belakang Bermuda, Gambia, Liechtenstein, Grenada dan Malta.
Manakala dalam kelompok Asia, Malaysia berada di tangga ke-32, di belakang India, Maldives, Guam, Myanmar dan Afghanistan. Jiran terdekat, Indonesia berada 4 anak tangga di belakang Malaysia, namun Singapura berada lebih baik iaitu 7 tangga di depan Malaysia.
Sementara itu, Iran menguasai Asia dengan berada ditangga teratas, di depan Jepun, Korea Selatan (ke-3) dan Arab Saudi (ke-4).
Belgium pula kekal berada di takhta senarai dunia dengan mengumpul 1506 mata, mengatasi Argentina (ke-2), Sepanyol (ke-3) dan juara Piala Dunia 2014, Jerman (ke-4).