Malaysia mungkin boleh melupakan hasrat beraksi pada Sukan Oimpik 2016 di Rio de Janerio apabila sekadar menghuni tangga keenam selepas kalah 4-1 kepada Ireland pada Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (HWL) di Antwerp, Belgium, malam ini.
Berikutan kekalahan pada perlawanan penentuan tempat kelima, Malaysia di bawah kendalian Tai Beng Hai masih menyimpan harapan tipis ke Rio dengan menjadi pasukan simpanan kelima di belakang Kanada, Sepanyol, New Zealand dan Ireland.
Pasukan, yang digelar 'Speedy Tigers', itu gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 secara automatik apabila tumpas 3-2 kepada India pada perlawanan suku akhir, Rabu lepas.
Pada aksi penentuan tempat, Ireland menebus kekecewaan pada peringkat kumpulan apabila mendahului 2-0 dalam suku pertama menerusi jaringan Kyle Good pada minit kelima dan Peter Caruth, lima minit kemudian.
Pada suku ketiga perlawanan, Ireland, yang tewas kepada Malaysia 4-2 pada peringkat kumpulan, menambah jaringan ketiga menerusi Alan Sothern pada minit ke-40 sebelum Green Machine memastikan kemenangan mutlak Ireland pada minit ke-59.
Malaysia memperoleh gol sagu hati menerusi Faiz Helmi Jali pada minit ke-55.
Bulan lepas, Belanda, Jerman dan Argentina menempah tiket ke Rio secara automatik manakala Kanada, yang menghuni tangga keempat pada satu lagi saingan Separuh Akhir HWL di Argentina, menduduki tangga teratas dalam senarai simpanan.
Senarai menunggu itu diikuti oleh pasukan ranking ke-11 dunia, Sepanyol yang berakhir di kedudukan kelima dan New Zealand (ranking ketujuh dunia) di tangga keenam.
Malaysia perlu berharap agar Australia atau New Zealand muncul juara Piala Oceania manakala Argentina atau Kanada menjuarai Pan American, bagi memastikan Malaysia layak ke temasya berprestij itu.
Sekiranya Jerman, Belanda, Britain atau Belgium muncul juara Eropah dan Jawatankuasa Olimpik dan Konfederasi Sukan Afrika Selatan (Sascoc) kekal dengan pendirian agar juara benua Afrika tidak mengambil bahagian maka wujud dua lagi slot untuk diisi oleh pasukan dalam senarai menunggu.
Malaysia terlepas peluang keemasan pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan apabila kalah kepada India di final. Juara Sukan Asia layak secara automatik ke Sukan Olimpik.
'Speedy Tigers' kini terpaksa menunggu kesemua kejohanan benua selesai dan berharap nasib akan menyebelahi mereka untuk beraksi semula pada Sukan Olimpik selepas 15 tahun.
Bernama
Sun Jul 05 2015
'Speedy Tigers' gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 secara automatik apabila tumpas 3-2 kepada India pada perlawanan suku akhir, Rabu lepas.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Malaysia mungkin boleh lupa Sukan Olimpik Rio selepas kalah 4-1 kepada Ireland
'Speedy Tigers' masih menyimpan harapan tipis ke Rio dengan menjadi pasukan simpanan kelima di belakang Kanada, Sepanyol, New Zealand dan Ireland.