Malaysia terpaksa berpuashati dengan kedudukan naib juara setelah tewas 1-2 kepada India menerusi penentuan pukulan sudut penalti pada final Kejohanan Hoki Remaja Bawah 18 Tahun (B-18) Asia di Bangkok, Thailand, hari ini.
Perlawanan berkenaan terpaksa diheret ke penentuan pukulan penalti setelah kedua-dua pasukan seri 4-4 pada aksi penuh perlawanan pada kejohanan berkenaan yang turut bertindak sebagai pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Remaja 2018 di Argentina.
Untuk rekod, Malaysia mara ke Sukan Olimpik Remaja 2018 setelah menewaskan Korea Selatan 5-4 menerusi penentuan pukulan sudut penalti pada aksi separuh akhir, semalam.
Pada aksi final hari ini, Malaysia membuka tirai jaringan menerusi Mohamad Akhimullah Anuar Esook seawal minit ke-11 perlawanan sebelum India bangkit melakar dua jaringan pantas, masing-masing menerusi Rahul Kumar Rajbhar pada minit ke-14 dan Vivek Prasad, selang seminit kemudian.
Muhammad Muhibuddin Moharam mengikat kedudukan menjadi 2-2 pada minit ke-15 sebelum Vivek dan Rahul Kumar kembali meletakkan India selesa mendahului 4-2 menerusi gol pada minit ke-18 dan minit ke-20.
Muhammad Noor Firdaus Rosdi menyelamatkan maruah skuad negara kendalian Wallace Tan apabila meledak dua gol pantas, masing-masing pada minit ke-26 dan minit ke-30.
Mengulas mengenai aksi berkenaan, Tan memuji persembahan cemerlang yang dipamerkan pemainnya walaupun ketinggalan 2-4 pada awal babak perlawanan.
"Pemain bermain mengikut strategi hari ini...Walaupun ketinggalan, mereka tidak berputus asa dan bangkit menyamakan kedudukan.
"Memang satu permainan terbaik dan beri satu semangat dan kita boleh memberikan saingan sengit kepada India.Pemain sudah tunjukkan permainan terbaik sepanjang kejohanan termasuk menewaskan beberapa pasukan terbaik seperti Pakistan dan Korea Selatan dan saya amat berbangga dengan aksi mereka," katanya.
Walaupun tewas, Malaysia berjaya meraih anugerah penjaring gol terbanyak yang dimenangi oleh Muhammmad Akhimullah yang meledak 16 gol.
Terdahulu, skuad wanita remaja negara meraih tempat ketiga setelah menewaskan Korea Selatan 5-3 pada perlawanan penentuan ketiga/keempat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 29 2018
Walaupun tewas, Malaysia berjaya meraih anugerah penjaring gol terbanyak yang dimenangi oleh Muhammmad Akhimullah yang meledak 16 gol.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.