Man City kekal kejuaraan Piala EFL kali keempat berturut-turut

Faiz Johari
April 26, 2021 02:04 MYT
The Citizens mengekalkan kejuaraan Piala EFL empat kali berturut-turut sejak tahun 2018. -AP
LONDON: Tottenham Hotspur tumpas 0-1 di Stadium Wembley, England malam tadi.
The Citizens mengekalkan kejuaraan Piala EFL empat kali berturut-turut sejak tahun 2018.
Separuh masa pertama berkesudahan 0-0 apabila kedua-dua pasukan buntu untuk memanfaatkan peluang.
Lewat babak masa kedua berlangsung, dan akhirnya Manchester City berjaya menghasilkan gol pada minit ke-82 menerusi tandukan padu Aymeric Laporte.
Gol tunggal tersebut menjadi saksi kemenangan buat Manchester City di hadapan penyokong mereka dan dinobatkan sebagai juara Piala EFL.
#Manchester City #Tottenham Hotspur #Piala EFL #juara empat kali #Aymeric Laporte #Stadium Wembley