GOL masa kecederaan daripada pemain tengah, Rodri memberikan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City kemenangan 2-1 ke atas Arsenal dalam perlawanan di Stadium Emirates, yang menyaksikan tuan rumah beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan Gabriel dibuang padang.
Biarpun tanpa pengendali, Mikel Arteta terlepas perlawanan selepas positif Covid-19, The Gunners berjaya mengetepikan kenangan dibelasah 5-0 lawan sama pada Ogos lalu apabila mendahului hasil jaringan minit ke-31 Bukayo Saka yang menyambar hantaran Kieran Tierney.
Pelawat tampil ke laman keramat kelab London itu bagi pemburuan kemenangan ke-11 liga bangkit mengasak pada babak kedua akhirnya dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Riyad Mahrez selepas Granit Xhaka mengasari Bernardo Silva dalam kotak penalti.
Gabriel Martinelli berpeluang meletakkan Arsenal kembali di hadapan beberapa saat selepas itu sebelum Gabriel dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Gabriel Jesus pada minit ke-59.
The Citizens yang bijak mengambil peluang kekurangan pasukan tuan rumah akhirnya berjaya merealisasikan misi tiga mata di bumi London hasil jaringan Rodri pada minit ke-93.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 01 2022
Aksi Rodrigo (tengah) ketika menjaringkan gol kedua pasukannya sambil dikepung pemain lawan Rob Holding (kiri) dan Ben White ketika perlawanan EPL antara Arsenal dan Manchester City di Stadium Emirates, London, England, 1 Jan 2022. (Foto AP)
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea
Dua pemain Chelsea terlibat dalam pertengkaran fizikal mengenai siapa yang harus bertanggungjawab mengambil sepakan penalti.
Liverpool buat Man United kini berpaling sokong Man City - John Aldridge
Aldridge memberikan tamparan hebat buat penyokong Manchester United yang tampak gembira atas kekalahan Liverpool di tangan Crystal Palace.
EPL: Arsenal perlu pamer karakter sebenar - Arteta
Arteta berkata, para pemain perlu bangkit mempamerkan karakter sebenar kerana perjuangan mereka masih belum berakhir.
Slot Eropah kembali gamit Newcastle United
Kemenangan itu menjelmakan semula harapan skuad kendalian Eddie Howe apabila mendaki tangga keenam liga.
Liverpool tumbang lagi, Crystal Palace terbang tinggi di Anfield
Pada Ahad, gol minit ke-14 Eberechi Eze menyaksikan Liverpool sekali lagi direbahkan The Eagles asuhan Oliver Glasner di Anfield.
EPL: Manchester City terus bagi ancaman kepada Arsenal
Manchester City kekal di atas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan perbezaan dua mata di hadapan Arsenal dan Liverpool.
EPL: Manchester United hanya mampu seri lagi
Manchester United jatuh ke tangga ketujuh liga sambil berkongsi mata dengan Newcastle United di tangga ke keenam.
Jurgen Klopp janji kebangkitan Liverpool
Klopp berikrar bahawa Liverpool akan menunjukkan reaksi hebat terhadap kekalahan mengejut 0-3 di tempat sendiri kepada Atalanta.
EPL: Harvey Elliott optimis Liverpool mampu beri penamat indah buat Jurgen Klopp
Harvey Elliott, percaya Liverpool mampu untuk menamatkan kempen terakhir Jurgen Klopp dalam merebut mahkota EPL sebagai juara.
Pemain Chelsea masih belum cukup matang - Mauricio Pochettino
"Menonton bola sepak pada usia 52 tahun, anda perlu mengenal pasti dengan cepat sekiranya pasukan itu bersedia untuk bersaing ataupun sebaliknya."