Manchester City tubuh pasukan FIFA Online, teroka pasaran China

Mariah Ahmad
Jun 7, 2018 22:30 MYT
Pasukan FIFA Online Manchester City terdiri daripada pemain terbaik FSL musim lalu Zhang Jun, serta Aruya dan Liu Chao yang kedua-duanya menunjukkan prestasi cemerlang sejak dua musim lepas. - Foto mancity.com
JUARA Liga Perdana Inggeris Musim 2017/18 Manchester City terus melebarkan sayapnya dalam arena e-sukan dengan melancarkan pasukan FIFA Online di China pada Selasa.
Pengurus Serantau Manchester City di China David Tang berkata pasukan baharu itu akan bertanding dalam musim baharu Online Star League (FSL) yang akan bermula 15 Jun nanti.
“Pasukan FIFA Online ini merupakan penambahan pasukan e-sukan yang sedia ada dalam Manchester City sebagai komitmen terhadap industri ini dan bagi meningkatkan jumlah peminat di China.
“Kami sangat teruja untuk meneroka dunia permainan video di China, pasaran terbesar dalam industri e-sukan.
“Kami juga tidak sabar untuk melihat sendiri prestasi dan corak permainan pasukan dalam FSL nanti memandangkan mereka dilihat sangat berusaha memburu gelaran juara,” katanya dalam satu majlis perasmian pasukan FIFA Online tersebut di Star Alliance Esports Center di Beijing pada Selasa.

Taking our eSports game to ! #mancity https://t.co/3WaEBzS9Lk

— Manchester City (@ManCity) June 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pasukan tersebut terdiri daripada lima pemain profesional termasuk pemain terbaik FSL musim lalu Zhang Jun, serta Aruya dan Liu Chao yang kedua-duanya menunjukkan prestasi cemerlang sejak dua musim lepas.
Dalam majlis perasmian tersebut, Manchester City turut mengumumkan dua lagi kekosongan dalam pasukan tersebut akan diisi oleh penyokongnya menerusi beberapa pertandingan di seluruh negara.
Penglibatan Manchester City dalam E-Sukan
Ini bukan pertama kali Manchester City merekut pemain e-sukan bagi mewakili kelab tersebut.
Pada Julai 2016, pemain profesional FIFA Kieran 'Kez' Brown sertai kelab tersebut sebagai pemain e-sukan pertama The Citizen.
Namun dia kemudiannya menarik diri daripada menyertai FIFA 18 selepas dua tahun bersama kelab tersebut.
Pada Disember 2017, Manchester City merekrut Juara FIFA Interactive Club World Cup (FIWC), Marcus 'ExpectSporting' Jorgensen.

Mixed emotions from the @EASPORTSFIFA Global Series Playoff but a massive congrats to @Marcuzo45 and @deto_official who have both qualified for the #FIFAeWorldCup Grand Final in August!!! #mancity pic.twitter.com/OHcIv3xF8l

— Manchester City (@ManCity) June 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, pada Mac lalu juara dunia FIWC Playstation Kai 'Deto' Wollin menyertai pasukan tersebut untuk sertai kejohanan FIFA bagi platform PS4 di seluruh dunia.
Dia merupakan juara berganda dan telah merangkul banyak kejohanan kejohanan Jerman dan pernah memenangi World Cyber Games pada 2011 dan 2012.
#fifa online #fsl #Manchester City #online star league