Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 14 Januari

Amanz
Januari 7, 2024 05:05 MYT
Perkhidmatan seperti laman Maybank2u (web & aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak boleh diakses sementara di antara jam 3 hingga 6 pagi. -Amanz
MAYBANK memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan akan berlaku pada 14 Januari 2024.
Ia berikutan terdapatnya penyelenggaraan sistem berjadual akan dilakukan pada hari berkenaan.
Hal ini juga menyebabkan perkhidmatan seperti laman Maybank2u (web & aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak boleh diakses sementara di antara jam 3 hingga 6 pagi.
Justeru pengguna dinasihatkan untuk melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku dan pihak Maybank memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Untuk maklumat lanjut atau bantuan, pengguna boleh terus menghubungi Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia). -Amanz
#Maybank #Gangguan Perkhidmatan #penyelenggaran sistem berjadual #aplikasi MAE dan Maybank2u Biz