Kerajaan Melaka akan memberi insentif berjumlah RM3,000 kepada raja pecut Sekolah ASEAN, Badrul Hisyam Abdul Manap atas kejayaan meraih tiga pingat emas pada Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2015 di Brunei, baru-baru ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata insentif yang bakal disampaikan kepada Badrul Hisyam minggu depan itu, sebagai galakan kepadanya untuk terus maju dalam olahraga dan mengharumkan lagi nama negara dan Melaka di peringkat antarabangsa.

Katanya kerajaan negeri turut akan mempertimbangkan memberi insentif kepada dua rakan sepasukan Badrul Hisyam, yang juga anak jati Melaka iaitu Asnawi Hashim dan Khairul Hafiz Jantan, yang berjaya meraih pingat emas serta mencipta rekod baharu acara 4x100 meter dengan catatan 39.86 saat pada kejohanan itu.

"Namun, jumlah insentif kepada dua lagi atlet anak kelahiran Melaka ini belum diputuskan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Badrul Hisyam, di pejabatnya di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka Ismail Abdol Jalil, yang turut menyampaikan wang tunai RM1,000 sebagai insentif atas pencapaian Badrul Hisyam pada kejohanan itu, serta jurulatihnya Mohd Poad Md Kassim.

Badrul Hisyam melakar sejarah memadam rekod 17 tahun acara 100 meter milik Watson Nyambek dengan catatan 10.29s, 0.01 saat lebih pantas daripada rekod milik Watson pada Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2015 di Brunei, 23 Nov lepas.

Selain itu, beliau turut mencipta rekod kejohanan acara 200 meter, dengan catatan 21.39s mengatasi catatan lama 21.61s miliknya sendiri yang dilakukan di Filipina tahun lepas, serta membantu kuartet 4x100 meter negara meraih emas dan mencipta rekod kejohanan.

Sementara itu, Idris berkata Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab Rahaman Ab Karim dan MSN Melaka diberi tanggungjawab memantau perkembangan dan prestasi Badrul Hisyam dalam olahraga, secara konsisten.

"Saya lihat Badrul mempunyai potensi bukan sahaja dalam bidang sukan, tetapi juga dalam bidang lain...mungkin menjadi tumpuan pihak swasta terutama untuk tujuan penajaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri melalui portfolio tersebut dan MSN Melaka, akan menapis setiap tajaan yang bakal diterima, agar Badrul Hisyam tidak digunakan untuk kepentingan pihak tertentu.