MLBB: eGG Network buka 'gelanggang' kepada pasukan amatur sempena ulang tahun ke-5

eGG Network
Oktober 17, 2021 02:00 MYT
Grand Final akan diadakan secara live di Facebook, YouTube dan siaran ulangan di Channel 800 eGG Network.
SEMPENA ulang tahun yang ke-5, eGG Network mengadakan pertandingan MLBB kepada pasukan amatur yang menginginkan perasaan bermain secara kompetitif seperti pemain profesional.
Pertandingan ini khas buat pemain ‘AMATUR’ sahaja dan sebanyak RM8,000 wang terkumpul menanti pemenang.
Anda boleh mendaftar pasukan anda di pautan ini bermula hari ini hingga 21 Oktober.
Peringkat kelayakan akan bermula pada 25-29 Oktober. Sebanyak 256 pasukan akan dipisahkan dalam empat kumpulan penyingkiran tunggal. Setiap braket akan terdiri daripada 64 pasukan.
Lapan pasukan teratas dari peringkat kelayakan akan layak ke Grand Final.
Grand Final akan diadakan secara live di Facebook, YouTube dan siaran ulangan di Channel 800 eGG Network.
Saksikan Grand Finals eGG Anniversary Cup: MLBB dan ‘Giveaway’ 1000 diamonds untuk dimenangi bersama 2x HyperX Cloud Revolver S Headset.
Tunggu apa lagi! Jom daftar pasukan anda sekarang!. Mungkin anda ‘Juara’ yang kami cari. Pertandingan ini juga ditaja oleh Agrimind.
#e-sukan #egg network #mlbb #Mobile Legends