KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin mengalu-alukan sumbangan dana awam buat jaguh lontar peluru para kebangsaan, Muhammad Ziyad Zolkefli.
Beliau berkata daripada terus memberi komen dan ulasan berhubung isu melibatkan atlet berusia 31 tahun itu, lebih baik diwujudkan inisiatif tersebut bagi mengenang jasa dan pengorbanannya mengharumkan nama negara selama ini.
Megat Shahriman yang tampil dalam program Sukan+ terbitan Bernama TV pada malam ini, berkata orang ramai terutamanya netizen yang cakna dengan nasib Muhammad Ziyad boleh menunjukkan keprihatinan mereka dengan cara tersebut.
Beliau pada masa sama, bersetuju insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) tidak sesuai untuk diberikan kepada jaguh negara itu.
"Untuk SHAKAM mempunyai peraturan dan kriteria, jika Ziyad memenuhi kriteria itu bolehlah, tetapi beliau tidak menang pingat dan walaupun dia pecahkan rekod, ia tidak diiktiraf. Tapi untuk orang luar sana, mana-mana pihak atau individu yang ingin buat sumbangan dana awam, jika nak bantu, tidak ada masalah untuk bantu dia. Kami mengalu-alukan usaha tersebut," katanya.
Mengulas mengenai insentif daripada MPM, Megat Shahriman yang juga Ketua Kontinjen Paralimpik Malaysia ke Tokyo 2020 berkata badan induk itu akan bermesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut dalam masa terdekat.
"Ada yang mengatakan MPM untuk beri duit sejuta ini, saya fikir tidak...bukan tugas MPM sebenarnya dan kami bukan badan kebajikan dan (sebaliknya) ada kebajikan (tertentu) yang kami bantu.
"Tetapi untuk memberi hadiah kemenangan itu tiada dalam perlembagaan dan peraturan kami, tapi tengok mesyuarat nanti yang saya akan adakan. Tengok apa yang kami boleh bantu Ziyad," katanya.
Muhammad Ziyad terlepas pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) Sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, selepas didakwa lewat melapor diri di bilik menunggu.
Insiden di Stadium Olimpik Tokyo itu menyaksikan Muhammad Ziyad terlepas ganjaran berjumlah RM1 juta di bawah Shakam bagi kejayaan memenangi pingat emas Paralimpik dan ganjaran tambahan RM100,000 daripada FWD Takaful.
Muhammad Ziyad sebelum ini pernah menerima insentif SHAKAM berjumlah RM1 juta dan pencen bulanan sepanjang hayat sebanyak RM5,000 daripada kerajaan atas kejayaan meraih pingat emas dalam acara sama di temasya Paralimpik Rio 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021
Megat Shahriman bersetuju insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) tidak sesuai untuk diberikan kepada jaguh negara itu. - Gambar fail
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Belum masa tuai pingat dua angka di Paris - MPM
Majlis Paralimpik Malaysia berpendapat, kontinjen negara belum bersedia untuk menuai keseluruhan pingat mencecah dua angka pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula Ogos ini.
Majlis Paralimpik Malaysia tubuh Majlis Atlet
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumumkan penubuhan Majlis Atlet bagi mematuhi dasar ditetapkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC).
Empat emas di Paralimpik Paris 2024 realistik - Megat
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) kekal menaruh harapan untuk melihat kontinjen negara menuai empat pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
MPM minta tambahan dana RM50 juta setahun bagi pembangunan sukan para
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berharap kerajaan akan menambah peruntukan dana kepada sekurang-kurangnya RM50 juta setahun bagi membolehkan program pembangunan atlet para.
Sasaran 35 pingat tanpa warna di Sukan Para Asia 2022 Hangzhou - MPM
Majlis Paralimpik Malaysia menetapkan keseluruhan 35 pingat bagi kontinjen negara ke Sukan Para Asia Hangzhou 2022, China, minggu depan.
Renang para kini di bawah PREPMA
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) telah membuat keputusan untuk memindahkan tadbir urus renang para daripada Persekutuan Renang Malaysia (MAS) kepada Persatuan Renang Para Malaysia (PREPMA).
MPM tumpu pencarian bakat baharu
MPM menyasarkan untuk memberikan pendedahan kepada lebih ramai atlit paralimpik di arena antarabangsa.
MPM perkenal surat aku janji kepada jurulatih
Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata inisiatif itu juga bagi memupuk sifat profesionalisme dalam kalangan jurulatih serta atlet.
MPM mungkin perlu pertimbang semula hantar kontinjen ke AYPG 2021
Atlet remaja negara didakwa tidak melakukan persiapan rapi, selain proses vaksinasi bagi golongan itu baru sahaja bermula.
MPM alu-alukan sumbangan dana awam untuk Ziyad
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin mengalu-alukan sumbangan dana awam buat jaguh lontar peluru para kebangsaan, Muhammad Ziyad Zolkefli.