BINTANG Los Angeles Lakers, LeBron James, didenda ASD15,000 oleh NBA kerana membuat 'gerak isyarat lucah' ketika melakar kemenangan ke atas Indiana Pacers Khamis lalu.

NBA turut memberikan amaran kepada James tentang menggunakan bahasa yang tidak senonoh selepas memimpin Lakers mengatasi Pacers 124-116.

James melakar 39 mata dan melakukan beberapa lontaran tiga mata dalam masa tambahan, kembali beraksi selepas digantung satu perlawanan kerana pertelingkahan dengan pemain Detroit Pistons, Isaiah Stewart Ahad lalu.

Juara NBA dan MVP empat kali, James melakukan gerak isyarat yang kurang senang selepas meraih mata ketika mengatasi Pacers di Gainbridge Fieldhouse, semasa dia menggunakan kata-kata kotor dalam temubual selepas tamat perlawanan.