Obor berbentuk Keris Taming Sari antara kelainan yang akan ditampilkan pada majlis perasmian Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak di Stadium Perak di sini, Selasa ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How, berkata obor tersebut akan menyala selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian temasya sukan itu.
Katanya, majlis pembukaan itu juga akan menampilkan persembahan tarian, perarakan kontinjen negeri yang bertanding serta larian obor.
"Kita juga akan menggunakan teknologi tinggi antaranya penyediaan skrin projektor paling besar di Perak yang diletakkan di tengah-tengah padang stadium antaranya untuk memaparkan persembahan tentang asal usul negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis raptai penuh Sukma ke-19 di sini malam tadi.
Beliau berkata majlis penutupan Sukma ke-19 bertemakan 'Wow Kita Hebat #kibarkanpanjimu #rebahkanmusuhmu' itu dijangka disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 22 Sept ini.
Menurut Howard, beliau menjangkakan kira-kira 40,000 pengunjung akan menghadiri majlis perasmian tersebut serta karnival di luar stadium berkenaan.
Beliau berkata tiga skrin besar akan disediakan di luar stadium.
"Stadium Perak boleh menampung 25,000 orang, jadi dengan karnival di luar stadium, saya yakin tidak kurang daripada 40,000 orang yang akan datang," katanya.
Dalam pada itu, Howard berkata raptai penuh malam ini yang dihadiri kira-kira 4,000 orang itu antara lain memaparkan aturgerak yang akan diadakan pada malam perasmian Selasa ini yang penuh meriah.
Sukma 2018 akan berlangsung dari 12 hingga 22 Sept ini dengan mempertandingkan sebanyak 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.
Perak kali kedua menjadi tuan rumah Sukma yang mana kali terakhir diadakan 24 tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 08 2018
Peserta menjalani raptai penuh pembukaan temasya Sukma Perak di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Ipoh rintis projek pemasangan panel PV di sekolah, sasar pelaburan RM3 juta
Ipoh rintis projek pemasangan panel PV di sekolah, sasar pelaburan RM3 juta
Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.
Integriti SPRM sedang menangis, rehatkan Azam Baki- Pemuda PH
Tindakan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang turut mempertahankan Azam dalam isu tersebut juga tidak dapat diterima sama sekali.
'Saya tidak boleh dibeli, tidak akan dibeli' - Howard Lee
Jelas, ADUN Pasir Pinji dari DAP itu, beliau akan memastikan dirinya tidak akan dijual beli jika ada tawaran dari pihak tertentu.
Hanya sehelai jersi Perak dicetak bendera terbalik
Howard Lee Chuan How berkata pemeriksaan dengan penganjur dan jurulatih pasukan mendapati hanya sehelai jersi yang terlibat.
Lebih 10 negeri bantah pengurangan acara angkat berat Sukma
Menurut Pengurus Pasukan Angkat Berat Perak, Muhammad Amir Muhamad Nadzir, keputusan itu disifatkan sebagai langkah ke belakang dan tidak berpandukan kepada peraturan am SUKMA.
DAPSY buat laporan polis ugutan bunuh ke atas Lim Kit Siang
Lee berkata, hantaran yang dimuat naik petang semalam oleh pengguna bernama Hata Wahari berbunyi 'Lim Kit Siang ini sudah wajib dibunuh'.
Perak mahu naik taraf fasiliti sukan agar mesra OKU
Howard Lee Chuan How berkata, sebahagian peruntukan RM10 juta daripada kerajaan Persekutuan akan diguna untuk membina kemudahan bagi golongan tersebut.
Rangkul Piala Malaysia, lengkapkan kegemilangan Perak
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri, Howard Lee Chuan How menganggap sekiranya skuad The Bos Gaurus berjaya merangkul Piala Malaysia esok, bakal melengkapkan episod gemilang suka
Obor berbentuk Keris Taming Sari, kelainan pada perasmian Sukma ke-19
Obor tersebut akan menyala selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian temasya sukan itu.