KUALA LUMPUR: Hanya tiga daripada lebih 8,000 orang yang tiba di Jepun dari 1 hingga 13 Julai untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo telah diuji positif COVID-19, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Kenyataan IOC pada Rabu menyebut sembilan hari sebelum upacara pembukaan, ia dimaklumkan oleh Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 bahawa ketiga-tiga individu yang diuji positif sejurus ketibaan segera telah diasingkan manakala kontak rapat mereka dikuarantin.
Menurut kenyataan itu, semua individu adalah tertakluk kepada rejim ujian saringan Tokyo 2020 dan telah menjalani ujian praperlepasan serta pemeriksaan kesihatan.
Semua atlet dan pegawai yang terlibat dalam temasya itu, yang dijadual berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos, perlu menjalani ujian harian selama tiga hari berturut-turut sebelum berlepas dan ujian harian bagi atlet serta kontak rapat sejurus tiba di Tokyo.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan bahawa dua anggota delegasi Olimpik dari Uganda pada bulan lepas dan seorang anggota pasukan mendayung Serbia pada awal bulan ini, didapati positif koronavirus sejurus tiba di Tokyo.
Terdahulu, Presiden IOC Thomas Bach, yang bertemu Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga, menzahirkan setinggi-tinggi penghormatan dan penghargaan kepada kerajaan serta rakyat Jepun.
"Atlet dari seluruh dunia kini tiba di Tokyo. Temasya ini akan menyatukan dunia dalam semua kepelbagaian kita. Mereka akan membuktikan bahawa kita lebih kuat jika bersama-sama dalam semua solidariti kita," menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Jawatankuasa Penganjur telah melakukan tugas yang hebat dalam melakukan persiapan bagi temasya sukan itu dan menjadikan Tokyo sebagai bandar terbaik Olimpik dari segi persediaan.
Bach juga berkata 85 peratus daripada atlet serta pegawai akan tinggal di Perkampungan Olimpik dan hampir 100 peratus anggota IOC serta kakitangannya sama ada telah divaksin atau imun.
Katanya bagi wakil media antarabangsa, kadar mereka yang telah divaksin ialah sekitar 70 hingga 80 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021
Hanya tiga daripada lebih 8,000 orang yang tiba di Jepun dari 1 hingga 13 Julai untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo positif COVID-19. -Gambar fail
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Olimpik: Kem badminton berlatih di Paris, skuad berbasikal di Mallorca
Skuad badminton kebangsaan bakal berkampung selama 10 hari di wilayah Aire Sur La Lys, Perancis dari 10 hingga 20 Julai ini.
Nur Aisyah pelumba lebuh raya wanita pertama ke Olimpik
Nur Aisyah Mohamad Zubir menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024.
Para Asia: Permulaan meyakinkan empat wakil badminton negara
Kesemua empat wakil perseorangan lelaki badminton negara membuka tirai kempen Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di China dengan langkah kanan selepas menumpaskan lawan masing-masing pada hari pertama.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Setelah cemerlang di Sukan Asia, AoV intai pentas Olimpik
Pasukan e-sukan Malaysia Arena of Valor (AoV) berharap acara e-sukan akan dipertandingkan di pentas Olimpik pada masa akan datang.
'Alhamdulillah... Allah selamatkan saya' - Azizulhasni
Datuk Azizulhasni Awang berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan ketika menjalani sesi latihan di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan pagi tadi.
Choon Hann teruja untuk mula bimbing Hong Kong
Bekas Pengarah Kejurulatihan Pemain Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann teruja untuk meneruskan karier kejurulatihannya di Hong Kong, minggu hadapan.
Sukan SEA 2023: Saiful Bahri Musmin sumbang pingat emas keenam
Atlet petanque Saiful Bahri Musmin menyumbangkan pingat emas keenam buat negara dalam acara singles lelaki pada Sukan SEA 2023 hari ini.
Projek RTG: Pandelela harap khidmat sokongan disediakan semula
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong berharap agar projek 'Road To Gold' (RTG) memberi fokus kepada menyediakan semula khidmat sokongan lebih konsisten kepada atlet kebangsaan.