Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dikenakan hukuman denda RM140,000 dan pasukan Perak beraksi di stadium kosong di laman sendiri dalam empat perlawanan Liga M bermula 14 Jun depan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan hukuman itu selepas PAFA mengaku bersalah atas lapan pertuduhan susulan insiden kekecohan di Stadium Perak pada aksi Liga Super menentang Selangor pada 5 April lepas dan Johor Darul Ta'zim (JDT), 15 April lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abdul Razak berkata dalam kes perlawanan Selangor, PAFA dikenakan denda RM70,000 atas tiga tuduhan iaitu membakar suar, provokasi penyokong dan kegagalan tuan rumah menyediakan kawalan keselamatan yang swewajarnya.
Bagi kes kedua melibatkan JDT, PAFA turut dikenakan denda yang sama atas lima kesalahan iaitu membakar mercun, pembakaran suar, penyokong agresif sehingga seorang pengamal media cedera dan merosakkan kenderaan pihak JDT, katanya.
"Sekiranya masih berlaku insiden kekecohan, hukuman pasukan Perak beraksi tanpa penyokong akan terus dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini hari ini.
Taufek berkata bagi kedua-dua kes itu, PAFA boleh dikenakan denda sehingga RM330,000 dan beraksi tanpa penyokong bagi lapan perlawanan, namun jawatankuasa itu telah mengguna pakai peruntukan di bawah Perkara 80, Kod Tatatertib FAM bagi mengurangkan hukuman.
"Bagaimanapun kita akan memantau perlawanan pertama tanpa penyokong dan jika berpuas hati, jawatankuasa akan mempertimbangkan semula hukuman tersebut.
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (PAF) dikenakan hukuman denda RM5,000 kerana tindakan liar penyokongnya membaling botol minuman ke dalam padang pada perlawanan Liga Perdana menentang Johor Darul Ta'zim II di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, 3 April lepas.
Bernama
Fri May 23 2014
FAM memutuskan hukuman itu selepas PAFA mengaku bersalah
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.