PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menyangkal ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, dan penolong jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, menjadi pilihan utama untuk membantu Kim Pan-gon membentuk pasukan Harimau Malaya yang bakal berwajah baru.
Kedua-dua bekas pemain kebangsaan itu langsung tidak menawarkan diri. Malah, tidak seperti lazimnya, sosok penolong jurulatih tempatan itu kelak mungkin individu yang cukup berpengalaman dalam Liga Malaysia (Liga-M).
Justeru, nama bekas pengendali kelab Liga Super, Melaka United, iaitu Zainal Abidin Hassan turut dikatakan mendapat perhatian badan induk itu.
"(Dia) Pan-gon akan bawa barisan pembantu jurulatihnya sendiri dan juga meminta seorang jurulatih tempatan untuk membantunya.
"Cuma mereka yang menyerahkan surat penawaran sahaja yang akan dinilai.
"Kami tidak tetapkan kriteria, terpulang kepada Kim sendiri yang akan menentukannya," kata Setiausaha Agung FAM, Mohamad Saifuddin Abu Bakar.
Sementara itu, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sedia bekerjasama dan membuka pintu demi perkembangan karier jurulatih.
Begitupun, minat itu haruslah datang bentuk hitam putih.
"Kami sentiasa memberi ruang untuk jurulatih mengembangkan karier mereka.
"Kalau Nidzam percaya panggilan daripada FAM baik untuknya, kami tidak halang.
"Tapi setakat ini tiada tawaran rasmi, Nidzam adalah arnggota penting dalam pasukan Selangor ketika ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif FAS, Dr Johan Kamal Hamidon.
Astro Arena
Fri Feb 04 2022
Kim Pan-gon akan membawa barisan pembantu jurulatihnya sendiri dan meminta seorang jurulatih tempatan untuk membantunya. - Foto Astro ARENA
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Park Hang-seo calon kemudi Harimau Malaya - Hamidin
ASEAN Football menyatakan bekas ketua jurulatih Vietnam, Hang-seo, merupakan salah seorang calon untuk mengambil alih skuad Malaysia.
Kim Pan-gon tidak profesional, FAM jadi mangsa - Hamidin
Datuk Hamidin Amin, menyifatkan Kim Pan-gon, sebagai tidak profesional susulan tindakan pengendali dari Korea Selatan itu meninggalkan Malaysia.
FAM percaya sokongan peminat terhadap Harimau Malaya kekal utuh
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya sokongan padu peminat tanah air terhadap pasukan bola sepak negara tetap utuh meskipun Kim Pan Gon tidak lagi bersama skuad Harimau Malaya.
Mickey pegang kata-kata Pan-gon untuk bangkit beraksi semula
Walaupun tidak lagi bekerjasama dalam skuad Harimau Malaya, pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim akan tetap memegang kata-kata bekas pengendali, Kim Pan-gon.
Kim Pan-gon sah ke Ulsan Hyundai sebagai ketua jurulatih ke-12
KIM Pan-gon, yang terkenal dengan pengalaman luasnya sebagai jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak, kini akan menerajui Ulsan HD.
Tak wajar salahkan Hamidin punca Pan-gon letak jawatan - PFA
Adalah tidak wajar untuk menyalahkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dengan peletakan jawatan Kim Pan-gon.
Faisal Halim, Sumareh umpama 'Tom and Jerry' - Kim Pan-gon
Bekas ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon, menceritakan tentang kenakalan anak buahnya sewaktu latihan skuad kebangsaan.
Kita tidak fikir cari pengganti, jurulatih baru, ketika ini - Yusoff Mahadi
Sekiranya Pau gagal dalam dua kejohanan terdekat, cadangan pencarian jurulatih 'fresh' yang disarankan Tengku Ismail bakal dipertimbangkan.
AFC ucap terima kasih kepada Kim Pan-gon
AFC memuat naik hantaran mengandungi ucapan terima kasih kepada bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.
Tak timbul isu Pan-gon perlu bayar pampasan kepada FAM
Pengendali berusia 55 tahun itu telah menjelmakan pelbagai perkara positif sepanjang tempoh dua setengah tahun.