Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet

Bernama
Ogos 19, 2021 11:44 MYT
Hampir 4,400 atlet dari 160 pasukan dijadual menyertai kejohanan Paralimpik musim panas kali ini. - Foto REUTERS
ANKARA: Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
Jangkitan dikesan terhadap seorang pegawai sukan warga asing, lapor Agensi Anadolu memetik Kyodo News.
Jawatankuasa penganjur turut mengesahkan hal berkenaan tetapi enggan memberi butiran lanjut.
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dijadual bermula Selasa depan.
Sebanyak 22 acara akan dipertandingkan termasuk badminton serta Taekwondo yang bakal membuat penampilan sulung dalam kejohanan tersebut.
Hampir 4,400 atlet dari 160 pasukan dijadual menyertai kejohanan Paralimpik musim panas kali ini.
BACA: Paralimpik Tokyo: Sasaran tiga pingat emas kekal relevan
Kyodo News melaporkan kejohanan itu akan diadakan tanpa kehadiran penonton sama seperti Olimpik Tokyo yang berakhir awal bulan ini, berikutan peningkatan jangkitan COVID-19 di bandar-bandar di Jepun, termasuk Tokyo.
-- BERNAMA
#Paralimpik Tokyo #Tokyo 2020 #perkampungan atlet #COVID-19 #Kes Pertama #Tokyo #Jepun