Peluang Arsenal tempah slot Liga Juara-Juara Eropah musim depan

Agensi
Julai 2, 2020 00:01 MYT
Cedric Soares (dua dari kiri) dilihat mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukan setelah menjaringkan gol keempat pasukannya di Stadium Emirates, London, 1 Julai, 2020. (Foto AP)
ARSENAL hidupkan peluang menempah slot Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Kelab tersebut membenam kelab di zon penyingkiran, Norwich City 4-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung awal pagi Khamis.
Dua gol The Gunners disumbangkan Pierre-Emerick Aubameyang masing-masing pada minit ke-33 dan ke-67.
Sementara itu, dua lagi gol terhasil pada minit ke-37 dan ke-81.
Kemenangan itu membolehkan kelab utara London itu lonjak ke tangga ketujuh liga.
Kelab Norwich pula kini berada di tangga terbawah liga dengan 21 mata.
AFC Bournemouth 1 - 4 Newcastle United
Dalam satu lagi aksi, survival Bournemouth dalam EPL terus pudar.
Kelab itu ditundukkan Newcastle United 4-1 di Stadium Vital.
Newcastle meledak jaringan seawal minit kelima dan diikuti dengan gol pada minit ke-30, ke-57 dan ke-77.
Gol tunggal Bournemouth pula hadir di minit akhir permainan.
Keputusan berkenaan sekali gus meletakkan Newcastle di tangga ke-13 liga.
Bournemouth pula berada dalam zon penyingkiran bersama Norwich City dan Aston Villa.
West Ham United 3 - 2 Chelsea
Sementara itu, di Stadium London pula, kelab West Ham United menghidupkan harapan elak penyingkiran selepas berjaya menjinakkan Chelsea 3-2.
The Blues terdahulu membuka jaringan pada minit ke-45.
West Ham kemudian menyamakan kedudukan dengan jaringan dua minit berselang.
Pada babak kedua, West Ham menjarakkan kedudukan dengan satu lagi gol pada minit ke-51.
Gol kemenangan West Hadir pada minit ke-89.
Chelsea kekal di tangga keempat dengan 54 mata manakala West Ham di tangga ke-16 dengan 30 mata.
#Arsenal #bola sepak #jaringan #Liga Juara-Juara Eropah #Liga Perdana Inggeris #Norwich City #perlawanan #Pierre-Emerick Aubameyang #The Gunners #West Ham United