Peluang skuad B-19 raih satu lagi gelaran

Bernama
Julai 28, 2022 12:19 MYT
Menurut FAM, penyertaan pasukan muda negara pada kejohanan anjuran Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) itu sebagai persiapan menghadapi cabaran sengit di pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2022 di Mongolia pada September.
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan berpeluang meraih satu lagi gelaran musim ini apabila dijadual menyertai Kejohanan B-19 Bola Sepak Remaja Antarabangsa 2022 di wilayah Binh Duong, Vietnam dari 5 hingga 11 Ogos.
Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini, penyertaan pasukan muda negara pada kejohanan anjuran Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) itu sebagai persiapan menghadapi cabaran sengit di pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2022 di Mongolia pada September.
Pada kejohanan itu, skuad bimbingan Hassan Sazali Mohd Waras yang menjuarai Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Indonesia baru-baru ini akan berentap menentang Vietnam, Thailand dan Myanmar.
Skuad B-19 kebangsaan dijadual bertemu Thailand pada 5 Ogos, Vietnam (7 Ogos) dan menutup kempen saingan dengan berdepan Myanmar pada 9 Ogos. Penentuan tempat ketiga dan keempat serta final akan berlangsung pada 11 Ogos.
Sebanyak 20 pemain disenaraikan Hassan Sazali untuk mengikuti kem latihan pusat bermula 2 Ogos.
Daripada senarai itu, beliau hanya mengekalkan enam pemain dari skuad yang menjuarai Kejohanan B-19 AFF.
Berikut adalah 20 pemain dan senarai pemain dipanggil ke kem latihan pusat bagi menghadapi Kejohanan B-19 Bola Sepak Remaja Antarabangsa 2022:
1. Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri Selangor FC 2
2. Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri Selangor FC 2
3. Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar Selangor FC 2
4. Muhammad Izrin Ibrahim Selangor FC 2
5. Nazrin Mohamad Nasir Selangor FC 2
6. Danish Irfan Ezal Selangor FC 2
7. Muhammad Adim Muzahhir Saipu Azuan Selangor FC 2
8. Aizat Aiman Mazlan Skuad Projek FAM-MSN
9. Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili Skuad Projek FAM-MSN
10. Adli Ahamad Skuad Projek FAM-MSN
11. Sheikh Mohammad Faris Sheikh Mohammad Faisal Skuad Projek FAM-MSN
12. Muhammad Harith Najwan Jamil Skuad Projek FAM-MSN
13. Muhammad Hazim Jamal Hisham Skuad Projek FAM-MSN
14. Muhammad Adam Uwais Mohd Armi Terengganu FC III
15. Ahmad Rozaini Abu Bakar Terengganu FC III
16. Muhammad Abu Khalil Akademi Mokhtar Dahari B-17
17. Rohisham Haiqal Hashim Akademi Mokhtar Dahari B-17
18. Azhad Harraz Arman Sabah FC
19. Muhammad Idham Mohamad Kelantan United FC
20. Muhammad Farhan Rahim UiTM FC B-21
Berikut senarai enam pemain bersedia sekiranya terdapat sebarang perubahan:
1. Muhammad Syafiq Nurul Hisham Skuad Projek FAM-MSN
2. Mohamad Sappie Ashri Skuad Projek FAM-MSN
3. Muhammad Ismat Imran Zainal Skuad Projek FAM-MSN
4. Muhammad Fawwaz Muqrish Rosli Skuad Projek FAM-MSN
5. Hazriq Haqqim Mohd Izham Akademi Mokhtar Dahari B-17
6. Muhammad Haziq Mukriz Mohammed Hasemuddin Penang FC B-17
-- BERNAMA
#Skuad Bawah 19 Tahun #Bola Sepak Remaja Antarabangsa #Binh Duong #Vietnam #Persatuan Bolasepak Malaysia #FAM