Peng Soon-Liu Ying mara ke slot lapan akhir

Associated Press
Januari 18, 2013 00:52 MYT
Beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying muncul wakil pertama negara mara ke slot lapan akhir.
Pada aksi pusingan kedua, pasangan itu menewaskan gandingan Denmark, Mads Pieler Kolding-Kamilla Rytter Juhl 21-19, 18-21 dan 21-16.
Mengiringi kemaraan Peng Soon-Liu Ying, gandingan Tan Aik Quan-Lai Pei Jing yang turut beraksi dalam saingan beregu campuran.
Mereka pula menundukkan Robert Blair-Jilie Coopeer dari Scotland dengan 21-16, 21-18.
Ini bermakna, Malaysia mempunyai lima wakil yang akan meneruskan cabaran di peringkat suku akhir.
Berikut jadual perlawanan membabitkan pemain-pemain negara, pada Jumaat.
#Chan Peng Soon-Goh Liu Ying #mara ke slot lapan akhir