Majoriti pembaca AstroAwani.com melihat kekecohonan yang dilakukan Ultras Malaya di Stadium Shah Alam malam tadi sebagai satu peluang terakhir untuk mereka meluahkan rasa tidak puas hati demi kemajuan pasukan bola sepak negara.
Menerusi satu soalan terbuka yang dilakukan laman sosial Astro AWANI, "Siapakah yang bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku semalam?", kebanyakan netizen berpendapat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan punca utama kekecohan itu dan mereka perlu dipersalahkan.
Menurut mereka, walaupun ia bukan budaya Malaysia untuk melakukan protes tetapi saluran tersebut menjadi saluran terakhir mereka untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kepincangan yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Seorang pengguna Facebook, Mat Adil menyatakan bahawa penyokong tegar pasukan bola sepak Malaysia tidak mampu lagi mengikut budaya yang biasa kerana 'saluran biasa' tidak lagi berfungsi.
Ini berlaku apabila pandangan, rungutan ataupun nasihat yang diajukan kepada FAM tidak diendahkan. Bila itu semua sudah tidak lagi berfungsi, maka mereka mula bertindak di luar 'budaya biasa' dengan membuat protes terangan seperti itu.
Abdul Hamid pula berkata, perasaan marah dan meluat dengan FAM telah lama bersarang dalam sanubari peminat bola sepak negara. Walaupun ia memalukan negara, tetapi tindakan ini akan membangunkan pasukan negara kita.
Azhar Agus Kaharudin pula berpendapat, tindakan itu mungkin adalah jalan terakhir untuk menunjukkan tanda protes peminat setia pasukan kebangsaan yang mahukan perubahan dalam pucuk pimpinan FAM
“Walaupun banyak pendapat sudah kita dengar setiap kali berakhirnya satu- satu kejohanan yang disertai pasukan kebangsaan tapi semuanya dipandang enteng, bila kalah jurulatih dan pemain yang menanggung beban tapi mengapa tidak mereka yang berada di atas? soal Azhar.
Namun, ada segelintir rakyat yang berpandangan perkara ini tidak sepatutnya belaku, malah peminat tegar Ultras Malaya serta penguatkuasaan dan keselamatan dalam stadium perlu dipersalahkan.
“Sikap peminat dan pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan terlalu leka,” kata seorang pengamal media sosial, Noor Rina.
Abdullah Chik pula menyatakan walau apapun, penonton dan penyokong perlu beradap dan bersopan kerana kalah menang merupakan adat perlawanan.
Pada 8 Sepember lalu, segelintir penonton melontar masuk suar, bom asap dan mercun roket ketika perlawanan keempat Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.
Pelawanan di antara Malaysia dengan Arab Saudi terpaksa dihentikan ketika pasukan pelawat mendahului perlawanan 2-1.
Kohilah Sekaran
Wed Sep 09 2015
Menerusi satu soalan terbuka yang dilakukan laman sosial Astro AWANI, kebanyakan netizen berpendapat FAM merupakan punca utama kekocohan itu, maka mereka perlu bertanggungjawab atas insiden tersebut.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.