Perak mahu kekalkan momentum bertemu Felda United

Astro Arena
Februari 19, 2017 02:26 MYT
NASIR: Mahu rakan sepasukan kekalkan momentum.
NASIR BASARUDIN menyifakan Perak makin serasi apabila berjaya menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) 2-1 dalam aksi Liga Super di Ipoh malam semalam.
Oleh itu, beliau mengharapkan rakan-rakannya berjaya mengekalkan momentum ini apabila bertemu Felda United 25 Februari ini.
Kata Nasir, "Bila tewas kepada PKNS dalam perlawanan lalu, kami kaji balik perlawanan dan mengenal pasti apa yang silap. Kami menterjemahkannya malam ini (malam semalam).
Bila ditanya gandingannya bersama Hafiz Kamal, Nasir berkata: "Ya, saya semakin selesa."
Sementara itu rakan sepasukan Mohd Shahrom Kalam yakin kemenangan ke atas JDT atas disiplin tinggi yang dipamerkan oleh pasukannya.
"Kami bermain dengan yakin. Kelebihan Perak ialah kami mempunyai pemain yang boleh bermain di pelbagai posisi," ujar Shahrom.
Perlawanan malam tadi adalah perlawanan ketujuh Perak dan JDT di Stadium Perak sejak 2013.
#JDT #Liga Super #nasir basarudin #Perak