KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai hala tuju pelari pecut muda negara Muhammad Azeem Fahmi bakal terjawab apabila satu perbincangan secara bersemuka bersama atlet yang sedang meningkat naik itu, berlangsung dalam masa terdekat.
Ketua Jurulatih skuad olahraga kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata perbincangan itu bagi mencari persefahaman dalam memuktamadkan destinasi Muhammad Azeem yang menerima beberapa tawaran melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.
Katanya selain Muhammad Azeem, perbincangan tersebut turut melibatkan banyak pihak termasuk ibu bapa atlet berusia 18 tahun itu dan jurulatihnya Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah.
"Kita sudah dengar tawaran dari UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), UiTM (Universiti Teknologi MARA) ingin berbincang dan (tawaran) dari luar negara, tapi semua itu masih dalam perbincangan.
"Ia (keputusan) tak dapat nak diputuskan sehingga perbincangan dapat berjalan dengan bersemuka bersama Azeem, ibu bapa dan jurulatihnya untuk melihat mana yang terbaik," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
SUKAN-OLAHRAGA (MUHAMMAD AZEEM) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Tanpa prejudis, Mohd Manshahar secara peribadi berpendapat tidak salah Muhammad Azeem yang mendapat julukan 'Usain Bolt Malaysia' memilih untuk menyambung pelajaran di luar negara.
"Kalau dapat tajaan yang baik dan tempat yang bagus, saya rasa tidak salah Azeem pilih pergi ke luar negara...itu hak dia untuk memilih. Bagaimanapun, saya rasa yang penting adalah apa yang terbaik untuk beliau berada dalam kelompok (pelari) terbaik dunia," katanya.
Bulan lepas, UPSI menawarkan program pengajian diploma dan biasiswa bagi mengiktiraf kecemerlangan akademik dan sukan Muhammad Azeem yang memperoleh keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat di Ipoh itu turut dilaporkan menerima dua tawaran di luar negara iaitu Universiti Winona dan Minnesota.
Awal bulan ini, Muhammad Azeem yang mempunyai catatan peribadi terbaik 100 meter (m) 10.28 saat (s) dan 200m (20.89s) berjaya mengesahkan penyertaan dalam kedua-dua acara itu pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia dari 1 hingga 6 Ogos ini.
Beliau sebelum ini melalui detik pahit dalam penampilan sulungnya di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, Mei lepas selepas penyertaannya dalam 100m dibatalkan susulan 'false start'.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022
Selain Muhammad Azeem, perbincangan tersebut turut melibatkan banyak pihak termasuk ibu bapa atlet berusia 18 tahun itu dan jurulatihnya. - Bernama
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Kes kematian di Indonesia meningkat
Kes kematian akibat demam denggi di Indonesia semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan 179.4 peratus bersamaan 475 mangsa berbanding 170 nyawa terkorban dalam tempoh sama, tahun lalu.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Enam ditangkap, tiga lagi dikesan terlibat rompakan emas terbesar
Pihak berkuasa Kanada dan Amerika Syarikat mengumumkan enam individu telah ditangkap manakala tiga lagi sedang dikesan berhubung rompakan emas terbesar dalam sejarah Kanada pada Rabu.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro Israel, Barat
Papagomo mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat.
Perbincangan destinasi pengajian Muhammad Azeem dalam masa terdekat
Selain Muhammad Azeem, perbincangan tersebut turut melibatkan banyak pihak termasuk ibu bapa atlet berusia 18 tahun itu dan jurulatihnya.