SERGIO Perez memenangi Grand Prix Monaco yang luar biasa ketika Charles Leclerc mengalami lebih banyak kesengsaraan dalam perlumbaan di laman sendiri semalam.

Perez meraih kemenangan pertamanya di litar jalanan Monte Carlo mendahului Carlos Sainz selepas bermula lewat akibat hujan lebat dan kehilangan masa lebih lanjut berikutan kemalangan besar melibatkan Mick Schumacher, yang bernasib baik berjaya mengelak daripada sebarang kecederaan.

Leclerc bermula di petak pertama tetapi hanya menduduki tempat keempat strategi Ferrari yang kurang berhasil, sekali gus membenarkan Verstappen melebarkan kelebihannya ke atas Monegasque kepada sembilan mata dalam perebutan gelaran selepas menduduki tempat ketiga.

Rakan Verstappen di Red Bull, Perez, melintasi garisan penamat di tempat pertama selepas berakhirnya 64 pusingan, selepas penganjur mengurangkan 13 pusingan akibat cuaca buruk pada awal hari.