Kesemua perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) akan ditangguhkan ke satu tempoh baru sepanjang pilihan raya umum PRU-13 berlangsung.
Pengesahan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.
Jelas Hamidin, penangguhan dilakukan bagi membolehkan proses pilihan raya berjalan lancar dan badan induk itu akan menunggu pengumuman rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum menetapkan tarikh yang sesuai untuk menggantikan kesemua perlawanan yang ditangguhkan itu.
"Kita memutuskan untuk menangguhkan perlawanan Liga Malaysia yang berlangsung sewaktu tempoh pilihan raya bagi menyenangkan semua pihak.
"Malahan semua sedia maklum bahawa banyak pihak akan terlibat dengan pilihan raya termasuklah penyokong bola sepak sendiri yang turut akan mengundi," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Hamidin yang juga Naib Presiden FAM turut mengingatkan mana-mana penyokong untuk tidak membawa masuk sebarang bendera parti politik ke dalam stadium atau berdepan tindakan tegas daripada mereka.
"Larangan membawa masuk bendera parti politik memang telah lama berkuatkuasa sama ada dalam tempoh pilihan raya atau tidak. Jadi bendera parti politik memang tidak dibenarkan untuk dikibar di dalam stadium," katanya.
Sementara itu, Hamidin menasihatkan Persatuan Bola Sepak Negeri dan kelab yang berhasrat mengambil pemain baru sama ada tempatan atau import untuk menggunakan tempoh 14 hari pintu perpindahan pemain untuk mendapatkan pemain yang berkualiti.
"Tiada lanjutan tempoh dan kita tidak akan melayan sebarang rayuan daripada mana-mana pasukan selepas pintu perpindahan pemain ditutup pada 22 April ini," kata Hamidin.
Jendela perpindahan pemain musim kedua Liga-M bermula hari ini sehingga 22 April ini.
Menyentuh mengenai pasukan Selangor, Hamidin yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkata pihaknya sedang mengintai beberapa pemain luar untuk memperkuatkan bahagian pertahanan pasukan selepas pemain importnya, Peter Chrappan dari Slovakia mempamerkan aksi kurang memberangsangkan.
FAS mengambil Chrappan bagi menggantikan bekas pemainnya dari Lubnan, Ramez Dayoub yang digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Lubnan (LFA) kerana terlibat dengan skandal mengatur perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Lubnan menentang Qatar di Beirut, Jun tahun lepas.
Zulhelmi Zainal Azam
Mon Apr 08 2013
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.