PRESIDEN Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, menghormati keputusan jaguh silat negara, Al-Jufferi Jamari, yang ambil keputusan untuk bersara selepas tamat kempen Kejohanan Silat Dunia yang dijadualkan berlangsung di Melaka Julai depan.

Tambah Megat Zulkarnain, PESAKA sudah memiliki perancangan khusus untuk juara dunia 3 kali itu sejurus dia bersara.

Badan induk itu turut berharap agar semua barisan atlet mampu menjadikan Al-Jufferi sebagai ikon dalam perjalanan karier mereka.

"Sejak pulang dari Hanoi, kami akan melihat keputusan dalam saingan Kejohanan Dunia yang bakal berlangsung," katanya.

"Al-Jufferi kini sudah berusia 31 tahun namun kami akan berunding kerana kehadirannya dalam skuad kebangsaan amat penting buat peningkatan keseluruha skuad silat negara.

"Dia telah bertemu saya menjelaskan keinginannya untuk bertarung di bumi Malaysia dalam saingan Kejohanan Dunia."