PETALING JAYA: Selepas 10 tahun menyepi, kejohanan Pestabola Merdeka bakal kembali dianjurkan pada Oktober ini dengan India, Palestin dan Lubnan, sebagai pencabar pasukan negara.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengesahkan perkara itu, berkata tahun ini merupakan masa yang tepat untuk menganjurkan semula kejohanan yang kali terakhir dianjurkan pada 2013, selepas perancangan awal untuk diadakan pada 2020 tidak kesampaian, susulan pandemik COVID-19.
Beliau berkata sebagai permulaan, penganjuran edisi tahun ini dijalankan dengan skala yang kecil dan akan menggunakan format kejohanan Piala Raja Thailand.
"Kita akan lakukan proses undian (untuk tentukan perlawanan pertama) dan pasukan yang menang akan ke final, maknanya setiap pasukan akan bermain dua perlawanan mengikut standard FIFA, untuk memperoleh mata ranking.
"Kita lihat peminat memang nak Pestabola Merdeka macam dulu (bermain) 10 hingga 15 hari, tetapi kalendar FIFA begitu ketat dan banyak kejohanan besar ketika itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketujuh Jawatankuasa Eksekutif FAM 2021-2025 di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini hari ini.
Ketika ditanya adakah penganjuran Pestabola Merdeka di luar bulan kemerdekaan akan menjejaskan prestij kejohanan, Hamidin berkata perubahan yang telah berlaku dalam bola sepak dunia menyukarkan untuk ia kembali dianjurkan pada Ogos, seperti edisi terdahulu.
"Kita tak boleh dilamun macam tahun-tahun lepas kerana banyak perkara dan peraturan bertukar. Macam Sukan SEA dahulu, pasukan senior bermain sekarang Bawah 23 Tahun, jadi kita kena selaras dengan apa yang ada sekarang, tak boleh macam 20 atau 30 tahun dulu.
"Sudah tentu semua perlawanan pasukan kebangsaan mesti kena dalam kalendar FIFA dan paling dekat ialah pada Oktober, kerana Ogos bukan berada dalam kalendar FIFA," katanya.
Pestabola Merdeka hampir pasti dianjurkan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, dekat sini sekali gus menjadi platform untuk menguji penggunaan rumput baharu jenis 'Zeon Zoysia' di gelanggang keramat Harimau Malaya itu.
Sebagai rekod, Malaysia muncul juara terbanyak Pestabola Merdeka dengan 12 kejuaraan, termasuk gelaran yang diraih pada edisi terakhir sejak ia bermula pada 1957.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Tahun ini disifatkan masa yang tepat untuk menganjurkan semula kejohanan yang kali terakhir dianjurkan pada 2013 itu. - Gambar hiasan/Bernama
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka
Ong Kim Swee membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Vicente fokus kepada skuad semasa, pemain warisan baharu perlu buktikan diri
Vicente kekal fokus kepada pasukan sedia ada dan yakin dengan kualiti skuad Harimau Malaya, selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Lubnan pada final Pestabola Merdeka 2024
Pestabola Merdeka: Harimau Malaya tagih sokongan peminat tamatkan kemarau
Malaysia berpeluang menamatkan kemarau 11 tahun apabila berdepan Lubnan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 esok.
Pestabola Merdeka: Peluang terhidang harus diterjemah kepada jaringan - Pau Marti
Pau Marti, berpandangan Malaysia harus menggunakan setiap peluang terhidang untuk melakar kemenangan dalam aksi penentuan bertemu Lubnan.
Vicente anggap kemenangan Harimau Malaya ke atas Filipina langkah penting
Pau Marti Vicente menganggap kemenangan 2-1 Malaysia ke atas Filipina pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 malam tadi sebagai langkah penting.
Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ke final, tundukkan Filipina 2-1
Kejayaan itu membolehkan Malaysia meneruskan misi mendakap kejuaraan Pestabola Merdeka apabila dijadual bertemu Lubnan di pentas final Ahad ini di venue sama.
'Harimau Malaya bermain untuk penyokong' - Syamer
Skuad Harimau Malaya akan tampil dengan persembahan terbaik untuk kembali menambat hati penyokong pada aksi Pestabola Merdeka menentang Filipina.
Isyarat tsunami kepada FAM
Pekan berkata, peminat sudah muak dengan segala drama dan masalah dalam FAM yang masih tidak menemui jalan penyelesaian.
Kim Pan-gon tidak profesional, FAM jadi mangsa - Hamidin
Datuk Hamidin Amin, menyifatkan Kim Pan-gon, sebagai tidak profesional susulan tindakan pengendali dari Korea Selatan itu meninggalkan Malaysia.
Pestabola Merdeka tanpa 'chant' Ultras Malaya
Perjuangan skuad bola sepak negara dalam saingan Pestabola Merdeka 2024 berkemungkinan besar tanpa dibarakan 'chant' Ultras Malaya.